Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
leak unboxing S23 Ultra

Pelancaran Hampir Tiba, Video ‘Unboxing’ Perlihatkan Peranti Didakwa Galaxy S23 Ultra

Diterbitkan Januari 23, 2023 ยท Dikemas kini Januari 23, 2023 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Samsung telah menjadualkan acara Galaxy Unpacked pada 2 Februari 2023, yang dijangka menampilkan siri peranti andalan Galaxy S23.

Berkaitan

  • Didakwa Ini Spesifikasi Penuh Galaxy S23 Ultra, Sensor Baharu Tumpuan Utama
  • Galaxy S23 Ultra Didakwa Guna Snapdragon 8 Gen 2 Yang Dipertingkatkan
  • Harga Jualan Siri Galaxy S23 Di AS Tertiris, Mungkin Ini Harga Untuk Kita

Menjelang acara pelancaran yang akan berlangsung tidak lama lagi, pelbagai imej yang didakwa siri peranti andalan itu mula tertiris dan dikongsi melalui media sosial. Terbaharu, peranti yang didakwa adalah Galaxy S23 Ultra telah muncul dalam satu video ‘unboxing’ di Twitter.

Video pendek Galaxy S23 Ultra versi Cotton Flower itu menunjukkan kotak sebenar peranti. Ia diperlihatkan dengan warna off-white, manakala bahagian tepinya kelihatan dengan warna emas muda.

https://twitter.com/edwards_uh/status/1617333196592484352

Selain itu, video tersebut turut memaparkan modul kamera di bahagian belakang dan slot S-Pen di bahagian bawah. Berbanding Galaxy S22 Ultra, Galaxy S23 Ultra mempunyai lengkungan yang lebih sedikit di bahagian tepi skrin. Peranti ini juga mempunyai sisi yang lebih rata, yang menjadikannya lebih mudah digenggam.

Antara lainnya adalah pembesar suara telefon, slot kad SIM, mikrofon utama dan port USB-C. Terdapat mikrofon kedua di bahagian atas serta butang kuasa dan kelantangan di sebelah kanan. Selain Cotton Flower, Galaxy S23 Ultra dijangka akan turut tersedia dalam pilihan warna Phantom Black, Botanic Green dan Misty Lilac.

Sumber: SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY