Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung S23 Plus

Didakwa Ini Spesifikasi Penuh Galaxy S23 Ultra, Sensor Baharu Tumpuan Utama

Diterbitkan Januari 18, 2023 · Dikemas kini Januari 19, 2023 oleh Firdaus

Siri Samsung Galaxy S23 bakal dilancarkan pada 2 Februari depan tetapi spesifikasi lengkap siri tersebut telah pun didedahkan di WinFuture. Berikut adalah senarai spesifikasi bagi setiap model siri Galaxy S23:

Samsung Galaxy S23 / S23 Plus

Samsung S23 Plus

Mengikut sumber yang sangat dipercayai, kedua-dua model itu akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2. Selain itu, S23 / S23 Plus akan hadir dalam tetapan 3 kamera (50MP utama, 12MP ultra lebar, 10MP 3x telefoto), penarafan IP68, dan memori RAM 8GB.

Didakwa Ini Spesifikasi Penuh Galaxy S23 Ultra, Sensor Baharu Tumpuan Utama

Selain itu, model S23 mungkin disokongkan bateri 3,900mAh pengecasan pantas 25W, dan S23 Plus pula mempunyai bateri 4,700mAh dengan pengecasan pantas 45W. Tetapi kedua-dua model ini menyokong pengecasan wayarles 10W.

Didakwa Ini Spesifikasi Penuh Galaxy S23 Ultra, Sensor Baharu Tumpuan Utama

Samsung S23 Ultra

https://twitter.com/sakitechonline/status/1615505776121978880?s=46&t=4VgfZDdY90yA4A71Vdtzpg

Berdasarkan ciapan Twitter di atas, versi Ultra akan dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, RAM 8GB hingga 12GB, skrin OLED 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz, dan bateri 5,000mAh beserta pengecasan pantas 45W.

Mengikut WinFuture, versi Ultra mempunyai 3 variasi storan – 256GB, 512GB dan 1TB.

Menariknya, S23 Ultra mempunyai sistem kamera yang lebih baik – 200MP kamera utama, 12MP ultra lebar, dan 2 10MP telefoto (3x dan 10x).

Antara ciri utama pada S23 Ultra adalah Bluetooth 5.3, Gorilla Glass Victus 2, sensor cap jari dalam paparan, penarafan IP68 dan Wi-Fi 6E.

Berkaitan

  • Cip M2 Pro Dan M2 Max Diumumkan - Cip Lebih Berkuasa Untuk MacBook Pro Dan Mac Mini Baharu
  • Apple Turut Perkenal Mac mini Dengan Cip M2 Dan M2 Pro - Harga Bermula RM2,499
  • Bakal Lancar Fon Telinga TWS Terbaru, Huawei Ajak Sertai Peraduan “Teka & Menang”
  • Apple Glass Berkemungkinan Belum Bersedia Dilancar Tahun Ini
  • macOS Bakal Terima Sokongan Penuh Dropbox Bermula Hari Ini

Samsung akan mengadakan acara pelancaran Galaxy Unpacked pada 2 Februari depan untuk siri Galaxy S23 ini.

Sumber: Twitter, Android Authority, WinFuture

Gambar utama: WinFuture

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY