Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pelancaran Global MIUI 12 Akan Diadakan Pada 19 Mei Ini

Posted on Mei 15, 2020

Sudah sedia diumumkan untuk peranti dipasaran China, MIUI 12 bakal diperkenalkan secara rasmi sekali lagi dan kali ini bagi pasaran global.

Menjadualkan 19 Mei hadapan sebagai tarikh acara pengenalan, ia bakal disiarkan secara langsung pada YouTube, Twitter dan Facebook rasmi Xiaomi.

Get ready to meet our best release of the decade.
Stay tuned for #MIUI12, and see you on May 19, at 8:00 p.m.

Share the post and invite your friends to watch MIUI12 online launch event together! #MIUI pic.twitter.com/KwA0sWGwg5

— MIUI (@miuirom) May 13, 2020


Versi terbaharu antaramuka dari Xiaomi kali ini tampil lebih kemas, ringkas dan kelihatan lancar pada penggunaan. Selain hadir dengan kemaskini visual serta ciri baru, MIUI 12 turut menambah baik mod gelap, panggilan AI, animasi dan lain-lain.

Xiaomi juga menyatakan bahawa MIUI 12 merupakan sistem operasi mudah alih pertama yang melepasi Android System Enhanced Privacy Protection Test yang dikendalikan oleh TÜV Rheinland.

Dijangka pengguna di China akan menikmati naik taraf kepada MIUI 12 terlebih dahulu iaitu sekitar Jun. Masih belum dapat dipastikan bilakah penawaran untuk pengguna global akan dibuat dan untuk itu, kita nantikan acara pelancaran ini minggu hadapan.

Senarai telefon pintar yang akan dikemaskini kepada MIUI 12

  • Fasa pertama
    • Xiaomi Mi 10 Pro
    • Xiaomi Mi 10
    • Xiaomi Mi 10 Youth Edition
    • Xiaomi Mi 9 Pro
    • Redmi K30 Pro
    • Redmi K30
    • Redmi K20 Pro
    • Redmi K20
  • Fasa kedua
    • Mi Mix 3
    • Xiaomi Mi 8 series
    • Redmi Note 8 Pro
    • Redmi Note 7
    • Redmi Note 7 Pro
  • Fasa ketiga
    • Mi Mix 2
    • Redmi 8, 8A
    • Redmi 7, 7A
    • Mi CC9
    • Mi CC9 Pro
    • Mi CC9e

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress