Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cyberpunk tangguh 10 disember

Pelancaran Cyberpunk 2077 Kini Ditangguhkan Sehingga 10 Disember 2020

Diterbitkan Oktober 28, 2020 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Cyberpunk 2077 merupakan satu permainan yang dibangunkan CD Projekt Red dan adalah salah satu judul permainan yang paling dinanti-nantikan oleh para gamerĀ pada tahun ini.

Terbaru, pembangun CD Projekt Red melalui akaun rasmi Cyberpunk 2077 di Twitter mengumumkan pelancaran permainan video itu sekali lagi ditangguhkan sehingga 10 Disember 2020.

Dalam perkongsian tersebut, pembangun turut menyatakan cabaran utama mereka pada masa ini adalah menyediakan dan menguji dalam 9 versi termasuk untuk platform PC, Xbox One, PlayStation 5, Stadia dan sebagainya .

We have important news to share with you pic.twitter.com/qZUaD6IwmM

— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) October 27, 2020

Dalam pada itu, penangguhan pelancaran ini merupakan kali ketiga di mana tarikh awal pelancaran adalah pada 16 April sebelum menangguhkan kepada 17 September. Ia kemudian ditangguhkan sehingga 19 November sebelum membuat pengumuman penangguhan kali ketiga ini.

No more delays are happening.

— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) October 6, 2020

Cyberpunk 2077 secara rasmi telah melepasi gold master pada awal Oktober lalu, dan pembangun turut membuat ciapan di Twitter dengan mengatakan tiada penangguhan lagi selepas ini. Namun, sebaliknya yang berlaku. Oleh itu, tidak dapat dipastikan jika penangguhan ini merupakan yang terakhir atau sebaliknya.

Sumber: The Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY