Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelan Internet Tanpa Had Hotlink Yang Terbaharu Tidaklah ‘Tanpa Had’ Seperti Yang Disangka

Pelan Internet Tanpa Had Hotlink Yang Terbaharu Tidaklah ‘Tanpa Had’ Seperti Yang Disangka

Diterbitkan Jun 7, 2020 · Dikemas kini Jun 7, 2020 oleh Meor Hasyim

Minggu ini, Maxis telah melancarkan sebuah pelan Hotlink terbaharu ‘tanpa had’ internet dengan panggilan Hotlink Prepaid Unlimited. Hotlink menawarkan 2 jenis pelan iaitu RM35 dengan kelajuan 3Mbps, dan juga RM45 dengan kelajuan 6Mbps.

Hotlink Prepaid Unlimited

Terkini, sudah kecoh di internet di mana pelan yang disangkakan ‘tanpa had’ ini sebenarnya tidak setelus mana. Sama seperti isu U Mobile sebelum ini, pelan Hotlink ini juga hadir dengan polisi Fair Usage Policy (FUP).

Realiti pelan ‘tanpa had’ tersebut adalah pengguna pas RM35 dan RM45 dihadkan penggunaan internet kepada 50GB. Manakala untuk pas RM12 seminggu, pengguna dihadkan kepada kuota 15GB, dan 5GB sehari untuk pas RM3.

Jika penggunaan internet ini mencapai kuota yang ditetapkan, kelajuan akan menjadi 512Kbps.

hotlink faq

Sebelum ini pihak Hotlink tidak menyatakan secara spesifik mengenai polisi mereka, sehinggalah ramai pengguna yang melaporkan masalah FUP tidak jelas ini. Kemudiannya baru mereka mengemaskini polisi FUP di laman rasmi melalui FAQ mereka.

Seperti yang diketahui, adalah normal untuk syarikat rangkaian telekomunikasi untuk melakukan polisi FUP. Ini adalah untuk memastikan kesemua pengguna mengalami pengalaman menggunakan internet atau pelan yang adil secara sama-rata.

Apa yang turut juga normal adalah, kebanyakan syarikat ini tidak telus dalam polisi. Mereka seperti menunggu ditangkap oleh pengguna, barulah mereka menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi.

Harapannya, pada masa hadapan, syarikat rangkaian telekomunikasi lebih jujur dengan apa yang dipromosi melalui pelan yang ditawarkan.

Melalui: FAQ Hotlink

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY