Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Dikhabar Akan Sekat Ciri Penting Ini Bagi Pelan Langganan Beriklan

Netflix Dikhabar Akan Sekat Ciri Penting Ini Bagi Pelan Langganan Beriklan

Diterbitkan Ogos 18, 2022 oleh Amalina Athman

Bulan lalu, CEO Netflix telah menyatakan  pelan baharu dengan iklan yang akan diperkenal nanti tidak akan mempunyai kandungan seperti sekarang. Sesetengah kandungan mungkin tidak akan tersedia untuknya.

Memetik laporan terbaharu dari Bloomberg, Netflix dijangka tidak akan membenarkan pengguna bagi pelan langganan beriklan, memuat turun kandungan dalam platform itu untuk tujuan tontonan luar talian.

Berkaitan

  • Netflix Kenakan Caj Ekstra Bagi Setiap Alamat Tambahan Di 5 Negara, ~RM14 Satu 'Rumah'
  • Netflix Hilang Hampir 1 Juta Pelanggan Tapi Dapat Lebih Ramai Pelanggan Asia
  • CEO Netflix: Pelan Beriklan Tidak Akan Ada Semua Kandungan Seperti Sekarang

Dalam erti kata lain, Netflix mungkin tidak akan menawarkan fungsi muat turun bagi langganan beriklan kelak. Laporan ini adalah berdasarkan kod yang dijumpai dalam aplikasi iPhone, di mana Netflix mengalih keluar ciri yang ketika ini dinikmati oleh semua pelan langganan yang ditawarkan.

Melalui kod yang ditemui oleh pembangun Steve Moster, ia memaparkan teks dengan menyatakan “Downloads available on all plans except Netflix with ads”. Kod ini juga memperlihatkan bahawa pengguna tidak akan dapat melangkau iklan dan kawalan main balik tidak akan tersedia semasa iklan ditayangkan.

Langkah ini berikutan Netflix dikatakan ingin membezakan perkhidmatan yang akan datang berbanding pelan langganan yang ditawarkan pada masa ini. Bagi pelancaran langganan dengan sokongan iklan, gergasi penstriman itu dijangka akan mula menawarkannya pada awal tahun depan.

Buat masa ini, Bloomberg memaklumkan Netflix enggan memberikan sebarang ulasan berhubung perkara berkenaan. Juga, masih terlalu awal untuk dimuktamadkan dan rancangan itu mungkin berubah.

Terdahulu, dalam laporan suku terkini yang dikeluarkan, Netflix telah kehilangan 1.28 juta pelanggan di Amerika Syarikat dan Kanada serta 770,000 dari pasaran lain termasuk Eropah. Disney kini juga sudah mendahului jumlah langganan Netflix, dengan 221 juta langganan secara keseluruhan bagi semua platform penstriman yang ditawarkan.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY