Pelajar Kimia Jepun Berjaya Tukar Otak Anak Ikan Kepada Storan USB

Kemajuan teknologi Jepun tidak dapat disangkal lagi. Boleh dikatakan sebahagian besar daripada teknologi yang ada pada hari ini berasal dari negara matahari terbit berkenaan.

Perkara ini dijangka akan berterusan di masa hadapan, apabila para pelajar mereka juga dilihat mampu membangunkan teknologi-teknologi baharu.

Antara yang mencuri tumpuan ialah kejayaan seorang pelajar Kimia mereka untuk mengubah otak anak ikan kepada ruang simpanan USB.



Anak ikan tersebut disambung dengan beberapa bahagian elektronik seterusnya diletakkan didalam balang bagi memperlihatkan bentuk seperti pemacu USB biasa.

Apa yang mengejutkan ialah otak anak ikan sekecil itu didakwa mampu untuk menyimpan data sehingga 32GB.

Pemacu USB unik ini akan dipamerkan di acara Handmade in Japan Fes 2019 yang bakal diadakan di Tokyo Big Sight, 12 Januari ini.

Ia akan dijual pada harga 7800 Yen(~RM295), namun jika pembeli mengikuti akaun @ni28_xp di Twitter, mereka akan menerima potongan harga sebanyak 20%.

Akan tetapi, sebuah lagi portal teknologi tempatan, Tech Critter berpendapat bahawa ikan kecil didalam balang pemacu itu hanya sekadar kosmetik sahaja.

Pandangan itu dibuat berdasarkan satu kicauan balas yang dibuat oleh @BuzzTweet dalam kiriman asal di Twitter @ni28_xp di mana mereka mengirimkan beberapa gambar pemacu USB lain yang mempunyai rekaan yang hampir sama.

https://twitter.com/BuzzTweet2/status/1078866870009135104

Walaubagaimanapun, mereka tidak menolak kemungkinan bahawa teknologi ini akan benar-benar wujud pada masa hadapan.

Bagaimanapula dengan anda? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

 

Sumber: @ni28_xp via Japan Sauce