Sebagai salah satu pengeluar telefon pintar, Vivo telah memulakan hub penyelidikan 5G di Beijing, China. Berikutan dengan itu, pelancaran terbaru Vivo NEX 3 tempoh hari ia menjadikannya sebagai telefon pintar sokongan 5G pertama dilancar rasmi untuk pasaran Malaysia.
Dilengkapi dengan modem Qualcomm X50, Vivo telah menyimpulkan perancangan awal seni bina mereka dengan penyusunan penempatan 3D, reka bentuk antena frekuensi radio dan mengoptimumkan ruang bateri dalam NEX 3 untuk menyampaikan keupayaan 5G tersebut.
"Kami memperkenalkan strategi untuk memperluaskan titik akhir 5G termasuk dengan cermin kanta AR, jam tangan pintar, fon kepala dan banyak lagi, dengan menggunakan 5G sebagai ciri teras", kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia.
Bagi menyokong sepenuhnya perlaksanaan perkhidmatan 5G ini, pelbagai keperluan penting yang rumit telah ditambah kepada reka bentuk antena dan teknologi. Mengetahui bahawa 5G ini berfungsi untuk mencapai matlamat menghubungkan orang ramai melalui pelbagai peranti pada bila-bila masa, Vivo telah pun berkongsikan visi mereka mengenai pembangunan 5G dan bagaimana ia telah memberi pengaruh kepada era kehidupan baru di Hong Kong tahun lalu.
Pada Jun 2019, Vivo telah melancarkan inovasi mereka pada Mobile World Congress (MWC) sebagai sebahagian daripada strategi barunya untuk menghasilkan pengalaman mudah alih yang lebih baik dalam era 5G.
Walau bagaimanapun, Vivo tidak akan berhenti di sini kerana mereka akan berusaha terus untuk membangunkan teknologi yang inovatif untuk dimasukkan ke dalam produk mereka yang akan datang dengan memenuhi keperluan orang ramai sambil menguatkuasakan permohonan 5G dalam semua produk tersebut.
Berkaitan
- Honor Malaysia Mahu Hadiahkan Satu-Satunya Note 10 Di Malaysia Kepada Seorang Pemenang Bertuah
- Vivo Memfailkan Paten Logo 6G Pertama Mereka
- Huawei Beri Peluang Orang Ramai Rasai Rangkaian 5G Sehingga 6 Oktober Nanti
- Pencarian Atlet e-Sukan Malaysia Ke Sukan SEA 2019 Bermula Bulan Ini
- OPPO Buka Kedai Flagship Di The Gardens Mall 30 November Ini
- Blu Pure XR Datang Bersama Sensor Sentuh 3D Dan Helio P10.
- Benda Menarik Yang Anda Boleh Buat Dengan Funtouch OS + Vivo S1 #TipsGajet
- Perisian Kamera Xiaomi Mi Mix 3 Bakal Hadir Ke Mi Mix 2S & Mi 8
- Model Peranti Huawei P20 Pro Dengan Warna Twillight Bakal Memasuki Pasaran Malaysia
- Keuntungan Xiaomi Bagi Suku Ketiga 2019 Naik 20.3%