Perkara ini dijangka akan berterusan di masa hadapan, apabila para pelajar mereka juga dilihat mampu membangunkan teknologi-teknologi baharu.
Antara yang mencuri tumpuan ialah kejayaan seorang pelajar Kimia mereka untuk mengubah otak anak ikan kepada ruang simpanan USB.
この"生体メモリ"も、かつての鉱石メモリと同様、データの出入力時に紅く点滅するギミックがついている。 pic.twitter.com/ZicBULp3OP
— ニケルxpは1/12,13HMJ両日【E-8】 (@ni28_xp) December 28, 2018
Anak ikan tersebut disambung dengan beberapa bahagian elektronik seterusnya diletakkan didalam balang bagi memperlihatkan bentuk seperti pemacu USB biasa.
Apa yang mengejutkan ialah otak anak ikan sekecil itu didakwa mampu untuk menyimpan data sehingga 32GB.
Pemacu USB unik ini akan dipamerkan di acara Handmade in Japan Fes 2019 yang bakal diadakan di Tokyo Big Sight, 12 Januari ini.
Ia akan dijual pada harga 7800 Yen(~RM295), namun jika pembeli mengikuti akaun @ni28_xp di Twitter, mereka akan menerima potongan harga sebanyak 20%.
Akan tetapi, sebuah lagi portal teknologi tempatan, Tech Critter berpendapat bahawa ikan kecil didalam balang pemacu itu hanya sekadar kosmetik sahaja.
Pandangan itu dibuat berdasarkan satu kicauan balas yang dibuat oleh @BuzzTweet dalam kiriman asal di Twitter @ni28_xp di mana mereka mengirimkan beberapa gambar pemacu USB lain yang mempunyai rekaan yang hampir sama.
https://twitter.com/BuzzTweet2/status/1078866870009135104
Walaubagaimanapun, mereka tidak menolak kemungkinan bahawa teknologi ini akan benar-benar wujud pada masa hadapan.
Bagaimanapula dengan anda? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.
Sumber: @ni28_xp via Japan Sauce
Berkaitan
- "Sekat Kami Dan China Akan Menjadi Perintis Bagi Teknologi 5G" - Huawei
- Signify Memperkenalkan LiFi - Teknologi Jalur Lebar Masa Depan
- Apple Melabur $200 Juta Dalam Syarikat Corning dan Teknologi Gorilla Glass
- Huawei Nova 3i Kini Sudah Boleh Nikmati Teknologi GPU Turbo
- 7 Skil Manusia Yang Semakin Hilang Di Telan Zaman Dek Kerana Teknologi
- Maxis Bawa Teknologi VR Dalam Program eKelas Ke Langkawi
- Facebook Mahu Buka Hab Inovasi Di China
- Teknologi Tidak Akan Ambil Alih Pekerjaan Manusia
- Grab Malaysia Guna Teknologi Pengesanan Wajah Bagi Lindungi Pemandu
- Guru Akui Teknologi Membantu Mereka Dalam Menyampaikan Pembelajaran Dengan Lebih Baik