Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelabur Dilapor Sedang Pertimbang Saman Lembaga Pengarah OpenAI

Pelabur Dilapor Sedang Pertimbang Saman Lembaga Pengarah OpenAI

Diterbitkan November 21, 2023 oleh Amalina Athman

Beberapa pelabur dalam OpenAI, dilaporkan sedang mempertimbang tindakan undang-undang terhadap lembaga pengarah syarikat itu, susulan pemecatan CEO Sam Altman dan mencetuskan kemungkinan pemindahan besar-besaran pekerja.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • OpenAI Bertukar Tiga CEO Dalam Tempoh Tiga Hari
  • Bekas CEO OpenAI, Sam Altman Sah Akan Sertai Microsoft

Dalam laporan Reuters, sumbernya berkata pelabur sedang bekerjasama dengan penasihat undang-undang untuk mengkaji pilihan mereka. Namun, tidak jelas sama ada pelabur akan menyaman OpenAI.

Pihak pelabur dikatakan bimbang sekiranya ratusan juta yang dilaburkan dalam OpenAI akan mengalami kerugian besar.

Terdahulu, lembaga pengarah OpenAI telah memecat Altman dengan mengatakan beliau tidak konsisten dalam komunikasi. Pada Isnin, lebih 500 pekerja OpenAI telah mengancam mahu meletak jawatan, melainkan syarikat itu menggantikan lembaga pengarah sedia ada.

https://twitter.com/karaswisher/status/1726599700961521762

Difahamkan, pelabur VC biasanya memegang kerusi lembaga pengarah atau kuasa mengundi dalam portfolio mereka. Berbeza dengan OpenAI, ia dikawal oleh syarikat induk tidak berasaskan keuntungan OpenAI Nonprofit, yang dibangunkan untuk memanfaatkan “kemanusian, bukan pelabur OpenAI”.

Akibatnya, pekerja mempunyai lebih banyak pengaruh untuk menekan lembaga pengarah, berbanding pelabur yang membantu membiayai syarikat itu.

Dengan itu, walaupun pelabur menemui cara untuk mendakwa OpenAI, mereka mungkin mempunyai “kes yang lemah”. Syarikat itu mempunyai pilihan di bawah undang-undang untuk membuat keputusan perniagaan.

Ketika ini, Microsoft memiliki 49% saham syarikat, manakala pelabur dan pekerja lain mengawal 49%, dengan 2% dimiliki oleh syarikat induk OpenAI.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
©2026 WISER.MY