OpenAI yang juga merupakan pembangun ChatGPT, berada dalam keadaan huru-hara sejak Jumaat minggu lalu apabila Lembaga Pengarah (BOD) memecat CEO dan pengasas bersama, Sam Altman.
Dalam tempoh tiga hari, OpenAI telah melantik dua CEO sementara, iaitu Mira Murati dan kemudiannya Emmett Shear yang merupakan bekas CEO Twitch.
Namun, nampaknya kini, jawatan CEO itu sekali lagi bertukar tangan dan kembali kepada Altman.
{suggest}
Melalui platform X, OpenAI mengumumkan pihaknya telah mencapai persetujuan untuk Sam Altman kembali sebagai CEO OpenAI bersama lembaga pengarah baharu yang terdiri daripada Bret Taylor, Larry Summers, dan Adam D’Angelo. Difahamkan, D’Angelo kekal sebagai ahli lembaga pengarah baharu bagi mewakili lembaga pengarah sebelumnya.
We have reached an agreement in principle for Sam Altman to return to OpenAI as CEO with a new initial board of Bret Taylor (Chair), Larry Summers, and Adam D'Angelo.
We are collaborating to figure out the details. Thank you so much for your patience through this.
— OpenAI (@OpenAI) November 22, 2023
Berita mengenai lantikan semula Altman sebagai CEO turut disahkan olehnya sendiri.
i love openai, and everything i’ve done over the past few days has been in service of keeping this team and its mission together. when i decided to join msft on sun evening, it was clear that was the best path for me and the team. with the new board and w satya’s support, i’m…
— Sam Altman (@sama) November 22, 2023
Sementara itu, mereka yang biasa dengan rundingan mengatakan bahawa tugas utama ahli lembaga pengarah “awal” tersebut adalah untuk memeriksa dan melantik lembaga pengarah yang akan diperluas sehingga 9 orang, yang mana akan menetapkan semula tadbir urus OpenAI.
Microsoft, yang melabur lebih USD10 bilion juga dikhabarkan berminat untuk mendapatkan tempat dalam lembaga pengarah baharu kelak.
We are encouraged by the changes to the OpenAI board. We believe this is a first essential step on a path to more stable, well-informed, and effective governance. Sam, Greg, and I have talked and agreed they have a key role to play along with the OAI leadership team in ensuring… https://t.co/djO6Fuz6t9
— Satya Nadella (@satyanadella) November 22, 2023
Selain Altman, bekas Presiden Greg Brockman, yang meletak jawatan sebagai protes terhadap pemecatan Altman juga akan kembali ke syarikat itu.
Returning to OpenAI & getting back to coding tonight.
— Greg Brockman (@gdb) November 22, 2023
Dalam pada itu, laporan The Verge mengatakan pihaknya diberitahu Emmett Shear, yang dilantik sebagai CEO sementara, telah mengancam untuk meletak jawatan – melainkan lembaga pengarah boleh memberikan dokumentasi atau bukti salah laku yang menyokong pemecatan Altman. Seterusnya, sedikit sebanyak mendorong kepada penyelesaian yang dilakukan ketika ini.
I am deeply pleased by this result, after ~72 very intense hours of work. Coming into OpenAI, I wasn’t sure what the right path would be. This was the pathway that maximized safety alongside doing right by all stakeholders involved. I’m glad to have been a part of the solution. https://t.co/AGoDBbwhkq
— Emmett Shear (@eshear) November 22, 2023
Sumber: The Verge
Gambar utama: Sky News