Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
28 PEDi ini Sedang Terlibat Dengan Projek Rintis ‘Cashless’ Luar Bandar

PEDi Dikenali Sebagai Nadi Mulai Mac – Fahmi

Diterbitkan Februari 26, 2024 oleh Amalina Athman

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi), berkuat kuasa 1 Mac 2024.

Berkaitan

  • Senarai Kaunter Daftar PADU Seluruh Malaysia

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata seiring nama baharu berkenaan, peranan kesemua 911 pusat Nadi di seluruh negara akan diperluaskan. Ia termasuk 186 lagi yang akan diwujudkan sepanjang tahun ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membuat hebahan, termasuk menghubungi pengurus Nadi seluruh negara, untuk pastikan beberapa aspek penjenamaan dilakukan dengan tertib dan baik. 

Menurut Fahmi, ia tidak hanya melibatkan penjenamaan semula, malah akan ada beberapa aktiviti yang direncanakan semula. Contohnya, meningkatkan pemahaman di peringkat komuniti mengenai program dan inisiatif kerajaan seperti AI untuk rakyat.

Antara lainnya, menjadikan Nadi sebagai pusat sebaran maklumat mengenai program, aktiviti, bantuan, usaha, serta senarai bantuan kerajaan.

Fahmi menjelaskan perencanaan semula PEDi kepada Nadi, termasuk tugas, tanggungjawab, aktiviti serta programnya itu merupakan hasil kaji selidik sepanjang tahun lepas, di mana ia menunjukkan komuniti yang mengetahui dan hadir di PEDi sebelum ini, hanya mereka pada lingkungan dua ke tiga kilometer sahaja.

Beliau berkata ia juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu PEDi dirangka semula, bagi mengimbangi penambahan elaun diberikan kepada pengurus PEDi seperti diumum 29 Nov lepas.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY