Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meta facebook

PDRM Masih Teliti Dakwaan Meta Yang Mengaitkan Polis Dengan ‘Troll Farm’

Diterbitkan September 13, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam sidang media Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pada petang hari ini di bilik sidang media, Dewan Ketua Polis Negara, Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur sekali lagi menafikan dakwaan Meta yang mengaitkan polis dengan ‘troll farm‘ di platform Facebook.

Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meniliti dn menyiasat tuduhan tersebut.

Perkara itu dijawab beliau apabila ditanya oleh salah seorang wartawan yang bertanyakan tentang perkara tersebut.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Meta di dalam Laporan Ancaman Suku Tahunannya menyatakan bahawa mereka menemukan akaun yang terlibat dengan aktiviti yang mencurigakan di mana pada mulanya ia disyaki berasal dari China.

Walaubagaimanapun; dakwa Meta; hasil siasatan lanjut mendapati aktiviti-aktiviti tersebut mempunyai kaitan dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Berkaitan

  • Ini Cara Untuk Tidak Dilambak Dengan 'Feeds' Facebook Yang Mengarut
  • Meta Buang Ratusan Akaun Facebook Di Malaysia Kerana Pelanggaran Polisi
  • PDRM Keluarkan Kenyataan Lanjutan Dakwaan Syarikat Meta

Meta menjelaskan, individu di sebalik akaun-akaun itu melakukan troll bagi tujuan memanipulasi perbincangan awam dengan menggunakan akaun palsu yang mengelirukan pengguna lain.

Akaun-akaun troll itu juga meliputi paltfom media sosial yang lain termasuklah Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram dengan membuat hantaran meme dalam bahasa Melayu berkaitan politik dan lain-lain.

Ekoran itu, pihak PDRM telah mengeluarkan kenyataan media bagi menafikan dakwaan tersebut.

Dalam kenyataan media itu PDRM menegaskan mereka memandang serius laporan syarikat Meta yang mendakwa terdapat akaun palsu yang mempunyai hubungan dengan PDRM.

Sebagai tambahan, pihak PDRM juga menyatakan sedang mengumpul maklumat lanjut mengenainya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY