Pautan Muat Turun Aplikasi Pelayar Microsoft Edge Untuk macOS Dibocorkan

Pelayar Microsoft Edge Untuk macOS masih diperingkat pembangunan.


Beberapa hari lalu, Microsoft telah mengadakan persidangan Microsoft Build 2019 yang berlangsung dari 6 hingga 8 Mei 2019.

Sepanjang pembentangan tersebut, mereka telah memberikan sedikit status tentang perancangan membawa aplikasi pelayar Microsoft Edge ke dalam sistem operasi macOS.

Walaubagaimanapun, pihak Microsoft tidak pula menyatakan tarikh bilakah aplikasi tersebut akan dilepaskan dan info-info penting tentang pelayar tersebut untuk boleh diguna oleh pengguna Mac.

Tidak lama selepas tamatnya persidangan tersebut, pautan untuk memuat turun aplikasi Microsoft Edge telah dibocorkan oleh pengguna akaun Twitter WalkingCat.

https://twitter.com/h0x0d/status/1125577891826192386?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1125577891826192386&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.ilounge.com%2Fnews%2Fmicrosoft-edge-for-macos-download-links-leaked

Aplikasi tersebut sepatutnya hanya boleh dimuat turun oleh mereka yang berdaftar serta pembangun bertauliah dengan Microsoft sahaja.

Pada lewat tahun lepas, Microsoft telah mengumumkan bahawa Microsoft Edge bakal dibangunkan berasaskan Chromium untuk terus bersaing dengan pelayar web lain.

Kapsyen: Jadi jangan terkejut sekiranya anda dapati antaramuka pelayar ini menyerupai aplikasi Google Chrome.


Buat masa ini, aplikasi pelayar Microsoft Edge masih dalam peringkat pembangunan. Jadi, sekiranya anda ingin mencuba memuat turun dan menggunakan aplikasi tersebut di Mac anda, anda mungkin akan berdepan dengan beberapa isu seperti kestabilan dan pepijat pada aplikasi tersebut

Versi pembangunan Microsoft Edge Canary ketika ini adalah v76.0.155.0.

P/s: Microsoft Edge untuk peranti iOS  sudah boleh dimuat turun menerusi App Store.

Berkaitan