Microsoft Edge telah diperkenalkan tiga tahun yang lepas dengan ciri yang lebih baik berbanding daripada apa yang ditawarkan dalam Internet Explorer namun, pengguna lebih terarah memilih Google Chrome.
Mengutip laporan dari Windows Central, Microsoft berada diperingkat awal untuk membangunkan sebuah pelayar web berasaskan Chromium untuk terus bersaing dengan pelayar web lain.
Dipanggil dengan nama kod "Anaheim" ia belum dapat dipastikan lagi sama ada ia akan menggunakan jenama Edge atau dijenamakan semula dengan nama lain.
Laporan juga menyebut, kehadiran Anaheim bakal menyelesaikan isu-isu prestasi dan ketidakstabilan yang ada pada Edge.
Banyak lagi informasi yang belum didedahkan oleh Microsoft mengenai Anaheim dan sebagai pengguna, adakah anda akan merindui Edge? Kongsikan pengalaman penggunaan diruangan komen.
Sumber: Windows Central
Berkaitan
- Window 10 Versi 1809 Kini Bolehkan Anda Cabut Pemacu USB Bila-Bila Masa Sahaja Tanpa Perlu "Safely Remove Hardware"
- Data LTE Percuma Unifi Mobile Dikurangkan Dari 10GB Kepada 2GB Sahaja
- 10 Bandar Berteknologi Tinggi Di Dunia
- Sonic The Hedgehog Dikritik, Pengarah Filem Itu Sahkan Karakter Itu Akan Direka Semula
- HONOR Play Tidak Akan Dinaik Taraf Kepada EMUI 10.0
- Flickr Versi Percuma Kini Terhad Kepada 1000 Foto Dan Video
- Pelancaran Global Siri Mi 10 Ditangguhkan
- Khabar Angin - Spesifikasi Samsung Galaxy S10, S10 Lite, S10+ Dan S10+ 5G
- Dengan Harga Langganan RM100, Anda Boleh Nikmati Internet Jalur Lebar Dan Mudah Alih Tanpa Had
- Khabar Angin - Huawei Mate 10 Pro Mungkin Hadir Dengan Lensa f/1.6