Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PADU Rafizi_

Pasukan PADU Tegaskan Keselamatan Sistem Masih Utuh, Aduan Hebahan Palsu Telah Dibuat

Diterbitkan April 16, 2024 oleh ariff bukhari

PADU Official memaklumkan, mereka mengesan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah memuatnaik video berkaitan dengan sistem PADU dengan mendakwa sistem itu tidak selamat sehingga tular di media sosial.

Sebagai respon, pihak PADU dalam satu hantaran di laman facebook rasmi mereka telah menafikan dakwaan video tersebut kerana ia tidak benar dan tidak berasas memandangkan kandungan video itu dihasilkan daripada potongan dan suntingan beberapa video klip yang berbeza dan berasingan.

Video itu dikesan sejak awal April 2024 lagi. Sehubungan itu, pasukan PADU menegaskan bahawa sehingga ke hari ini, keselamatan PADU masih utuh dan selamat walau pun menerima pelbagai ancaman & serangan siber termasuk serangan sentimen.

Pihak PADU juga memaklumkan, mereka telah membuat aduan kepada pihak Kementerian Digital untuk tindakan lanjut berkenaan hebahan palsu tersebut.

“Kementerian Ekonomi, DOSM dan Jabatan Digital Negara sentiasa memantau keselamatan sistem PADU dengan kerjasama strategik bersama CSM, NACSA dan CGSO.” PADU Official.

Pasukan PADU Tegaskan Keselamatan Sistem Masih Utuh, Aduan Hebahan Palsu Telah Dibuat

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: FB PADU Official

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY