Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pasukan Junior Talent Bakal Mewakili Malaysia Ke Pertandingan PUBG Mobile Club Open 2019 Di Bangkok

Pasukan Junior Talent Bakal Mewakili Malaysia Ke Pertandingan PUBG Mobile Club Open 2019 Di Bangkok

Diterbitkan Julai 15, 2019 · Dikemas kini Julai 15, 2019 oleh ariff bukhari

Ini adalah kali kedua pasukan ini mewakili Malaysia ke pertandingan tersebut.

Kejayaan Pasukan Junior Talent mendapat tempat ketiga di pertandingan akhir Tencent PUBG Mobile National Championships (PMNC) telah melayakkan mereka sekali lagi untuk mewakili Malaysia ke peringkat Asia Tenggara.

Pertandingan akhir PMNC yang telah pun berlangsung pada 13 dan 14 Julai 2019 lalu berjaya dimenangi mereka dalam situasi yang penuh dramatik.

Hanya dengan perbezaan 4 mata sahaja antara pasukan Junior Talent dan pasukan di tempat keempat, sekaligus telah melayakkan mereka sekali lagi mewakili Malaysia ke pertandingan PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Split yang bakal berlangsung di Bangkok pada September akan datang.

Pasukan Junior Talent Bakal Mewakili Malaysia Ke Pertandingan PUBG Mobile Club Open 2019 Di Bangkok
Ini adalah kejayaan kali kedua Junior Talent mewakili Malaysia selepas kali pertama mereka mewakili Malaysia ke PMCO Spring Split yang berlangsung di Shanghai sebelum ini.

Kejayaan meraih tempat ketiga di PMNC juga telah membolehkan mereka membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM15,000.

Dalam usaha mempersiapkan diri ke Bangkok, kapten pasukan Junior Talent, Trixnity berkata,” Kami akan berlatih dengan lebih kuat supaya kami dapat melakukan lebih baik lagi dari di Shanghai yang lalu.”

Selain daripada pasukan Junior Talent, 3 lagi pasukan teratas yang memenangi PMNC kali ini akan turut sama mewakili Malaysia ke PMCO Spring Split September ini iaitu VIP, Arov dan Team Secret.

Jadi, kepada para peminat e-sukan dan peminat PUBG khususnya, marilah sama-sama kita menyokong pasukan-pasukan tersebut di PMCO, Bangkok nanti. Malaysia Boleh!

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY