Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pas Khas Digital Untuk Warga Asing Akan Dilancarkan Mulai Januari 2025

Pas Khas Digital Untuk Warga Asing Akan Dilancarkan Mulai Januari 2025

Diterbitkan November 25, 2024 oleh Rushsyafizal

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bakal memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bermula Januari 2025 sebagai sebahagian daripada usaha mentransformasi penyampaian perkhidmatan kerajaan. Inisiatif ini bertujuan mempercepatkan urusan imigresen dan mengurangkan kebergantungan kepada proses manual.

eSP merupakan dokumen  memberi hak kepada warga asing untuk tinggal di Malaysia tidak melebihi 30 hari, berdasarkan Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Inisiatif eSP membolehkan pemohon mengemukakan permohonan secara dalam talian, menggantikan keperluan untuk hadir ke kaunter Imigresen.

Manfaat utama eSP adalah dijangka akan mengurangkan separuh daripada urus niaga kaunter berkaitan pas khas, sekali gus mengurangkan kesesakan di bahagian visa, pas, dan permit.

Melalui budaya kerja baharu “silent office,” pegawai boleh memproses permohonan secara efisien tanpa interaksi fizikal, di mana ia dapat memberikan kemudahan kepada pemohon.

Dengan proses yang pantas ini, ia amat membantu pemohon terutamanya dalam situasi kecemasan seperti kemalangan, bencana alam, atau masalah kesihatan.

Walaupun dilaksanakan dalam talian, aspek keselamatan dan ketelusan tetap diutamakan. Pemohon perlu memenuhi syarat dan memuat naik dokumen sokongan yang relevan. Setiap permohonan akan diteliti dengan rapi, dan pemohon yang tidak layak perlu hadir ke pejabat Imigresen untuk pemeriksaan lanjut.

Pada tahun 2023, sebanyak 139,344 pas khas telah dikeluarkan, manakala 119,019 pas telah dikeluarkan setakat Oktober 2024. Ia dijangka mengurangkan beban ini dengan mempercepatkan proses.

Warga asing yang sedang menunggu keputusan permohonan pas lawatan sosial jangka panjang, pas lawatan ikhtisas, atau menghadapi situasi luar jangka boleh memohon kemudahan eSP. Inisiatif ini direka untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memberikan penyelesaian pantas kepada keperluan imigresen.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan eSP, sila layari laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

Berkaitan

  • Mudahkan Proses Pemeriksaan Imigresen, MyTRIP Kini Tersedia Di Aplikasi MySejahtera
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Sistem Imigresen Dengan Teknologi AI Dijangka Siap Pada 2028
  • Krispy Kreme Kini Tawar Donat Edisi Terhad PUBG
  • Skor AnTuTu Redmi K80 Pro Didakwa Yang Tertinggi, Tewaskan ROG Phone 9 Dan iQOO 13

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY