Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PUBGMxKrispy Kreme_KV

Krispy Kreme Kini Tawar Donat Edisi Terhad PUBG

Diterbitkan November 25, 2024 oleh Rushsyafizal

PUBG MOBILE telah mengumumkan kerjasama eksklusif di Malaysia dengan Krispy Kreme. Kolaborasi ini membawa gabungan keseronokan dari medan pertempuran dengan kenikmatan manisan, memberikan pengalaman unik kepada peminat permainan dan pencinta donat.

Eugene Chin Yuan Hao, Pengurus Negara (Malaysia) di Tencent Games, berkata,

Kami sangat teruja untuk memperkenalkan kerjasama ini kepada pemain di Malaysia. Ia menggambarkan semangat PUBG MOBILE Versi 3.5 sambil memberikan pengalaman manis yang tak terlupakan.

PUBGM xKrispy Kreme_Doughnut KV

Mulai 22 November 2024, empat donat edisi terhad yang diinspirasikan oleh PUBG MOBILE Versi 3.5 – Icemire Frontier kini boleh didapati di cawangan Krispy Kreme Malaysia:

  • Dragon’s Breath: Donat dengan inti krim blueberry sejuk.
  • Vikendi Map: Donat klasik dengan inti coklat, menggambarkan peta bersalji PUBG MOBILE.
  • Air Drops: Donat berinti strawberi, menyerupai bekalan udara dalam permainan.
  • Lone Survivor: Donat berinti biskut dan krim, sempurna untuk sesi gaming.

Donat dalam kotak khas PUBG MOBILE x Krispy Kreme boleh didapati selepas membuat pembelian di atas RM10 dan menerima pelekat eksklusif. Manakala pembelian melebihi RM25 di cawangan tertentu akan disertakan kod 325 UC untuk digunakan dalam PUBG MOBILE.

Untuk memeriahkan kolaborasi ini, PUBG MOBILE dan Krispy Kreme Malaysia akan menganjurkan acara komuniti dan mini-tournament di dua lokasi terpilih, iaitu pada 30 November 2024 di Krispy Kreme, IOI City Mall, Selangor dan 1 Disember 2024 di Krispy Kreme, R&R Juru, Penang.

Pemain dan peminat donat dijemput untuk menyertai, bertanding, dan menikmati donat eksklusif ini. Selain itu, promosi masa terhad menawarkan peluang unik untuk gabungan dunia gaming dan kulinari.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Spotify Premium Family Di Malaysia Kini Terhad Kepada 4 Akaun Untuk Pelanggan Baharu
  • Sistem Imigresen Dengan Teknologi AI Dijangka Siap Pada 2028
  • MCMC Diminta Teliti Saluran Notis Bencana Tanpa Perlu Melalui SMS - Fahmi
  • Waspada SMS Penipuan Berkaitan Lesen Memandu - JPJ

Sumber: Siaran media PUBG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY