Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Skor AnTuTu Redmi K80 Pro Didakwa Yang Tertinggi, Tewaskan ROG Phone 9 Dan iQOO 13

Skor AnTuTu Redmi K80 Pro Didakwa Yang Tertinggi, Tewaskan ROG Phone 9 Dan iQOO 13

Diterbitkan November 25, 2024 · Dikemas kini November 25, 2024 oleh ariff bukhari

Pelancaran telefon pintar Android berprestasi tinggi di hujung tahun 2024 ini semakin rancak dengan kemunculan beberapa model terbaru.

Pada Oktober lepas, iQOO telah pun melancarkan telefon pintar andalan mereka, iaitu iQOO 13 yang menjadi antara peranti terawal dipacu pemproses terbaru Qualcomm, Snapdragon 8 Elite yang didakwa peranti terpantas ketika itu dengan skor AnTuTu setinggi 3,159,448 mata.

iQoo 13

Walau bagaimanapun, takhta tersebut tidak lama dipegang peranti itu selepas ROG Phone 9 dilancarkan minggu lalu.

Juga dipacu cip yang sama, siri ROG Phone 9 Pro mencipta rekod baru penanda aras AnTuTu apabila mencapai skor setinggi 3,121,390 mata.

Skor AnTuTu Redmi K80 Pro Didakwa Yang Tertinggi, Tewaskan ROG Phone 9 Dan iQOO 13

Tetapi kini rekod itu sekali lagi diatasi, kali ini giliran Redmi pula merampas takhta AnTuTu menerusi telefon pintar andalan terbaru mereka yang belum dilancarkan secara rasmi, Redmi K80.

Menerusi akaun Weibo rasmi mereka, Redmi mendakwa menerusi siri K80 Pro, mereka mencipta skor AnTuTu tertinggi untuk peranti Android dengan cip SD 8 Elite selepas merekodkan hampir 3.2 juta mata.

REDMI K80 AnTuTu

Siri Redmi K80 dijadualkan dilancar di China pada 27 November 2024 ini dengan penampilan sulung global dijangka pada bulan Disember atau awal 2025 di bawah penjenamaan POCO.

Berkaitan

  • Snapdragon 8 Elite Catat Skor Tertinggi AnTuTu Menerusi iQOO 13
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Siri ASUS ROG Phone 9 Kini Rasmi, Skrin Dengan Kadar Segar Semula 185 Hz

Sumber: NotebookCheck

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY