Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
moto razr 40 ultra

Papan Iklan Motorola Razr 40 Ultra Naik Sebelum Pelancarannya

Diterbitkan Mei 31, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Motorola Razr 40 dan 40 Ultra dijadualkan rasmi pada 1 Jun tetapi iklannya di papan tanda sudah dinaikkan di Sofia, Bulgaria.

motorola razr 40 ultra papan tanda

Dengan ini, kita sudah dapat sahkan nama dan reka bentuk telefon lipat ini. Boleh dikatakan tepat seperti dibocorkan oleh Evan Blass sebelum ini.

Gambar-gambar daripada Evan Blass boleh dilihat di bawah.

Yang paling menarik semestinya skrin luarannya yang begitu besar, hampir memenuhi satu bahagian tersebut. Ini sudah tenteu mengalahkan semua telefon jenis flip atau clamshell yang ada di pasaran sekarang.

moto razr 40 ultra evleaks 2

Namun, untuk Amerika Syarikat, ia dikatakan akan menggunakan nama Razr+, bukan Ultra.

Pun begitu, spesifikasinya masih jadi tanya tanya.

moto razr 40 ultra

Kalau mengikut ura-ura, ia akan hadir dengan skrin dalaman bersaiz 6.9″ beresolusi 1080 x 2400 dengan kadar segar 165Hz.

moto razr 40 ultra

Bagi skrin luaran pula, ia bersaiz 3.6″ dengan resolusi 1066 x 1056. Kadar segarnya sama iaitu 165Hz.

“Enjin” di dalamnya pula ialah Snapdragon 8+ Gen 1 dan dibantu RAM 8GB bersama 256GB.

moto razr 40 ultra evleaks 7

Dalam pada itu, kameranya 12MP (OIS) dengan 13MP sudut lebar.

Sama-sama kita nantikan pelancarannya nanti walaupun kemungkin ia dijual di Malaysia sangat tipis.

Berkaitan

  • Ada Perabot Nak Dibuang? iClean Selangor Kutip Sampah Besar Percuma
  • Lenovo Perkenalkan ThinkPhone By Motorola Sebagai Ahli Keluarga Baharu ThinkPad
  • Motorola Lancar 'Flagship' Edge 40 Pro Dengan Kadar Segar Skrin 165Hz
  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix
  • Pastikan Anda Beli Kotak TV Android Yang Diperakui, Bukan Menggunakan Sumber Terbuka

Di Eropah, ia akan dijual sekitar €1,199 iaitu sekitar RM6000.

Sumber: Nixanbal

Gambar: Evan Blass

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY