Ada Perabot Nak Dibuang? iClean Selangor Kutip Sampah Besar Percuma

Jika anda tiba-tiba 'dirasuki' mood mengemas rumah, tak syak lagi tidak ada apa-apa hal lain di dunia mampu menghentikannya. Pastinya satu rumah dibersihkan dan banyak sampah perlu dinyahkan walaupun sesekali hanyut dengan kenangan daripada barang-barang yang lama tersembunyi.

Untuk rakyat Selangor terutamanya jika anda terkesan dengan banjir, aplikasi iClean Selangor sedia membantu anda untuk menempah perkhidmatan kutipan sampah sampah sama ada sampah domestik ataupun pukal seperti perabot, tilam dan sisa pepejal yang besar yang tidak sesuai ditempatkan di tong sampah.

https://twitter.com/Naqie_Nasir/status/1456788066207555586?s=20

Melalui iClean Selangor, anda boleh menempah perkhidmatan mereka untuk datang ke lokasi anda untuk mengutip semua sampah seperti sofa, almari, kerusi, dresser dan sebagainya. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat aduan untuk mereka lakukan pembersihan awam seperti pemotongan rumput, sapuan di jalan.

Dalam aplikasi ini, anda hanya perlu buat aduan dengan memilih PBT, pilih jenis aduan (kutipan domestik atau pembersihan awam) dan huraikan masalah anda di mana anda nyatakan sampah yang ingin anda mereka kutip. Seterusnya, aplikasi ini akan mengesan lokasi anda dan membenarkan anda memuat naik gambar.

Selepas selesai membuat aduan, pegawai mereka akan menghubungi anda melalui panggilan untuk memaklumkan mereka akan mengutip sisa buangan seperti diadukan. Semua perkhimatan ini disediakan oleh pihak kerajaan negeri Selangor dan ia percuma untuk semua penduduk Selangor.



iClean Selangor  boleh dimuat turun di Google Play dan App Store, selain pengguna juga boleh menghubungi khidmat pelanggan di talian 1-800-88-2824/019-375 9592 atau hantarkan mesej di WhatsApp menerusi 019-2742824 atau melalui laman web mereka.

Sampah domestik ialah sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti isi rumah dan komersial contohnya kertas , kadbod, plastik, sisa makanan dan sisa restoran.

Pembersihan awam pula ialah perkhidmatan yang melibatkan pemotongan rumput, cucian longkang dan sapuan jalan, di kawasan perumahan, tempat awam, taman permainan dan kawasan komersial tetapi tidak termasuk pelan landskap dan penyenggaraan jalan awam atau tempat awam.

Kalau di Jepun sekalipun, pengguna perlu membayar apabila jika mereka ingin melupuskan sampah-sampah domestik seperti perabot. Mujurlah kita tidak lagi terlalu memandang ke Timur, dapat juga kita nikmati perkhidmatan sebegini secara percuma.

Baca juga:

Berkaitan