Papan Iklan Apple Dikatakan Menyindir Google, Android Dan Alexa

"What happens on your iPhone, Stays on your iPhone" (Apa yang berlaku didalam iPhone, kekal didalam iPhone). Itulah ayat yang tertera pada papan iklan Apple disebuah bangun di Las Vegas.



Ia mungkin bersempena dengan ketibaan acara Consumer Electronics Show 2019 (CES 2019) yang dijadualkan berlangsung pada 9 Januari ini dibandaraya tersebut.

Dibawahnya juga turut terlihat pautanĀ apple.com/privacy/ yang mana ia merupakan halaman menerangkan tentang privasi produk mereka terhadap pengguna.

Jika dilihat sebelum ini, Apple tidak terlibat secara formal dalam acara CES dan kebanyakkan media menganggap papan iklan itu sekadar menyindir nama-nama besar dalam industri seperti Google dan Amazon.

Mengutip laporan The Verge, dua syarikat diatas beberapa kali dilaporkan terkait dengan masalah privasi seperti contoh Amazon melalui Alexa pernah merekod perbualan peribadi dan tersalah hantar kepada pengguna lain.

Google pula yang memiliki Google Assistant dan Android juga sering kali terpalit dengan isu privasi seperti menjejak informasi pengguna dan didakwa menggunakannya untuk tujuan komersil.

Kapsyen: kredit foto: The Verge


Namun menurut The Verge, ia lebih terarah kepada menyindir Google yang mengiklankan "Hey Google" tetapi dengan skema warna yang terbalik (Apple tulisan putih latarbelakang hitam, Google tulisan hitam latarbelakang putih).

Sumber: The Verge