Panduan Asas: Cara Pilih Telefon Dalam Tahun 2023

Setiap bulan, ada saja telefon baharu dilancarkan. Untuk pengguna awam yang kurang mahir, mereka pastinya keliru telefon mana hendak dibeli dan sesuai dengan mereka.

Jangan takut, saya akan kongsikan panduan untuk anda faham dan kelak bantu bila pilih telefon baharu, sesuai untuk tahun 2023.

Sukacita saya ingatkan bahawa panduan untuk sesuai untuk telefon Android.

Kategori


Pertama sekali, anda harus faham ada 3 segmen/kategori/kelas telefon tersedia dalam pasaran seluruh dunia sekarang.

  1. Andalan (flagship) (RM3,500 ke atas)

  2. Pertengahan atasan (premium mid-range) (RM1800 - RM3,500)

  3. Pertengahan bawahan (low mid-range) (RM800 - RM1800)

  4. Permulaan (entry-level) (bawah RM800)


panduan beli telefon 2023

Di sini, anda boleh mula pilih kelas mana yang sesuai dengan penggunaan. Macam mana nak ketahui?

Macam mana nak tahu segmen yang sesuai dengan saya?


harga huawei p60 pro malaysia

Kelas andalan (flagship) dalam bahasa mudahnya, paling berkuasa (justeru, paling mahal).

Flagship ialah siri fon paling mahal dan terbaik dalam satu-satu tahun, daripada setiap jenama. Contohnya, Galaxy S22 ialah andalan untuk 2022 bagi Samsung manakala S23 pula untuk tahun ini.

Kelas andalan ini sesuai untuk anda yang ada bajet tinggi, mahukan nak telefon terbaik ada dalam pasaran, ada standard, nak pakai lama atau sengaja mahu riak. Ia memang sesuai untuk semua kegunaan baik harian, gaming dan apa saja.



Kelas pertengahan atau sederhana pula terbahagi pada 2 iaitu premium dan bawahan.

Kelas pertengahan atasan ini sesuai untuk kebanyakan orang kerana harga tidak terlalu mahal tapi spesifikasinya juga memuaskan.

Jika anda tidak mahu berbelanja duit banyak tapi masih mahu telefon yang boleh diharap, prestasi yang agak bagus dan sesuai untuk penggunaan 3-4 tahun.

Kelas pertengahan bawahan sesuai penggunaan biasa seperti WhatsApp, Facebook, sosial media dan tidak kisah bab kamera, prestasi dan lain-lain. Ia kurang sesuai jika mahu digunakan bagi penggunaan berat.
Kebanyakan orang memang sesuai dan akan cari kelas pertengahan kerana ia sudah cukup untuk penggunaan harian.



Kelas permulaan pula hadir dengan spesifikasi rendah, hanya sesuai untuk penggunaan asas seperti WhatsApp, buat panggilan dan lain-lain yang asas. Ia mudah lag dan bukan untuk dibuat main game berat.

Digunakan buat tontonan YouTube pun, paparannya tidak memuaskan tapi cukup sekadar ada. Ia sesuai untuk anak-anak peringkat sekolah rendah, warga emas dan dibuat sebagai telefon kedua.

Seandainya anda mahu beli kelas permulaan, maka panduan di bawah sedikit tidak relevan kerana apa ditawarkan pada kelas permulaan sangat rendah, kena pada harganya maka anda pun janganlah terlalu demand.

Cip pemprosesan



  • Snapdragon atau MediaTek, semak di Google untuk tahu keluaran bila




Yang terbaik ialah Snapdragon.

Pun begitu, pesaingnya MediaTek juga sekarang sudah mampu berikan prestasi yang cukup bagus tapi hanya masih belum mampu menandingi Snapdragon dari segi grafik.

Senarai cipset ini terlaku banyak untuk disenaraikan. Jadi, saya sarankan anda cari di Google nama cip tersebut di untuk tahu bila tahun keluarannya. Lebih terkini, lebih bagus.

MediaTek 9200+

Saya kurangkan sarankan Exynos (Samsung) kerana ada isu "makan bateri". Samsung sendiri sudah tidak gunakan Exynos pada terbaru Galaxy S23.

Storan


Kapsyen: Sumber: Xiaomiui


  • RAM minimum: 4GB

  • RAM optimum: 8GB


Untuk RAM, sebaik-baiknya ialah 8GB dan minimum pula 4GB. Tapi, bab ini pun tak susah sebab pengeluar sekarang tawarkan kebanyakan telefon dengan RAM 4GB hingga 8GB pada kebanyakan model.
RAM ialah 'ruang' untuk telefon proses apa yang sedang terjadi dalam telefon. Contohnya ketika anda buka aplikasi Facebook.

Anda juga pasti pernah dengan ciri penambahan RAM maya seperti Extended RAM, Dynamic RAM dan sebagainya. Ia mengambil storan ROM untuk dijadikan RAM secara virtual.
ROM pula menyimpan data-data seperti gambar, lagu, video, data aplikasi dan lain-lain.

extended ram vivo

Bagi saya, abaikan ciri penambahan RAM maya ini dan pentingkan RAM fizikal yang sebenarnya saja.

  • ROM minimum: 128GB

  • ROM optimum: 256GB


Untuk ROM atau storan dalaman yang simpan gambar, video anda dan lain-lain, sebaiknya 256GB dan minimum 128GB. Lagi besar seperti 512GB, lagi bagus.

Paparan


harga magic5 pro malaysia 36

  • AMOLED/OLED yang terbaik

  • 120Hz sebaiknya kalau pentingkan refresh rate


Mudahnya, ada 2 pilihan iaitu AMOLED/OLED dan LCD. Untuk saiz pula, 100% terpulang pada keselesaan anda.

Pilihan terbaik pastinya AMOLED. Ini kerana ia lebih terang, warna lebih tepat dan viewing angle juga luas. Selain AMOLED, OLED juga tidak banyak beza.

AMOLED dan OLED akan ditawarkan pada kelas andalan dan pertengahan premium. Selain paparan yang lawa, ia juga lebih jimat bateri.



Selepas AMOLED, tidak lain tidak bukan pastinya LCD atau IPS LCD. LCD ini kualiti dan kepuasannya lebih rendah, ia lazim digunakan pada kelas pertengahan dan permulaan.

Paparan LCD sesuai untuk warga emas, kanak-kanak atau mereka yang tidak perasan/pentingkan kualiti paparan.

Untuk refresh rate pula, ambillah yang 120Hz kalau anda pentingkannya. Terutama untuk golongan berusia, saya pasti ia bukanlah satu elemen penting, jadi terpulang pada anda.

Bateri




  • Minimum: 4500mAh


Sekurang-kurangnya, 4500mAh. Namun, katakanlah telefon itu mempunyai spesifkasi lain yang cukup baik atau memang anda sudah gemar dengannya, 4000mAh boleh diterima.

Telefon hari ini kebanyakannya sudah melebihi 4000mAh, bahkan banyak juag 5000mAh. Justeru, tak jadi masalah untuk cari telefon sekitar 4500mAh baterinya.

Pengecasan


charger 67w

  • Minimum: 30W, guna USB-C

  • Optimum: 60W dan ke atas


Sekurang-kurangnya 30W. Kalau dapat lebih tinggi, lebih bagus.

Saya berani jamin, sekali anda pernah cuba pengecasan yang pantas, anda tidak mahu turunkan kelajuan sebelum ini.

Pengecasan yang pantas amatlah penting untuk penggunaan harian. Contohnya, anda dapat bateri yang hampir penuh semasa mandi sebelum ke pejabat.

cas laju 66w magic5 pro malaysia

Tapi sayang,  antara jenama yang anda terpaksa mengalah bab charging speed ini ialah Apple dan Samsung kerana walaupun kelas andalan dan harganya lebih RM4000, pengecasannya masih 18W dan 25W.
Bagi peranti Samsung, anda perlu gunakan pengecas aslinya untuk dapat kelajuan penuh. Jika gunakan pengecas parti ketiga, anda tidak akan dapat manfaat walaupun pengecas tersebut mampu sehingga 120W.

cas laju magic5 pro malaysia

Jangan terlalu khuatir jika pengecasan pantas akan jahanamkan bateri anda kerana telefon yang sokong pengecasan (misalnya 200W) memang dicipta untuk itu.

Bab kabel pula, pastikan telefon itu sokong kabel Type-C/USB-C. Kalau ia hanya setakat MicroUSB, tolonglah jangan beli telefon itu kerana ia sudah terlalu lama dan tidak lagi relevan untuk penggunaan masa depan.

Kamera


huawei p60 pro malaysia 2

  • Perlu cuba sendiri


Jangan tertipu dengan angka MP seperti 108MP, 200MP dan seumpamanya terutama diiklankan pada telefon kelas selain andalan.

Saya tidak boleh beri keputusan apakah 64MP atau 108MP minimum kerana dalam penggunaan sebenar, banyak hasil gambar daripada telefon berkamera 48MP adalah lebih cantik daripada 108MP.



Misalnya, iPhone 14 Pro dan Huawei P60 Pro menggunakan 48MP dan hasilnya jauh lebih bagus daripada 200MP pada Redmi Note 12 Pro+ atau 108MP pada realme 10 Pro.

Ini disebabkan sistem fotografi yang kompleks, ia memerlukan kesepaduan kamera dan sistem dalamannya sendiri dan tidak semua jenama mempunyai gabungan yang bagus antara 2 elemen ini.



Banyak faktor teknikal lain mempengaruhi seperti saiz sensor dan lain-lain yang rumit untuk dibincangkan.

Senang cerita, kamera, anda perlu cuba sendiri, minta tolong anak atau kawan yang lebih mahir atau lihat review di YouTube.

Sistem operasi


magicos magic5 pro malaysia 16

  • Minimum: Android 12

  • Optimum: Android 13


Pastikan ia sudah/mampu dipasang dengan Android 13. Kalau sejak keluar dari kotak sudah jalankan Android 13, maka itu lebih bagus kerana ini menandakan tempoh sokongan OS pada masa akan datang.

miui 14 2023 xiaomi poco 2

Namun, setiap pengeluar Android hadir dengan skin/UI sendiri di atas lapisan Android. Misalnya, MIUI, realme UI, OneUI, FunTouch OS, ColorOS dan banyak lagi.

Antara skin/UI terbaru sekarang ialah MIUI 14, OneUI 5.1, realme UI 4.0, FunTouch OS 13, ColorOS 13, MagicOS 7.1.



Kalau tidak versi Android sekalipun, pastikan ia akan sokong skin terbaru. Anda boleh semak sendiri di internet atau tanya pada penjual.

Pentingnya bab ini ialah dari segi keselamatan kerana selagi ia disokong Android, anda akan terima kemas kini keselamatan setiap bulan.

Kesimpulan


Ukur baju di badan sendiri. Seperti saya katakan awal-awal, panduan ini sesuai jika anda cari peranti kelas pertengahan.

Hal ini kerana untuk kelas permulaan, memang anda perlu terima saja apa ada apa kerana harganya. Bagi flagship pula, memang anda akan dapat terbaik dalam segala aspek.

Akhir sekali, telefon ialah pembantu harian kita, bukannya tuan.