Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5 Tablet Android Terbaik Awal Tahun 2023

Posted on Februari 16, 2023Mac 15, 2023

Tablet adalah sebuah peranti mudah alih yang mempunyai kelebihan dari segi saiz dan baterinya yang besar. Dalam beberapa aspek tugasan atau pekerjaan, tablet mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding telefon.

Jadi saya ingin berkongsikan 5 tablet Android terbaik buat awal 2023 yang boleh pengguna mempertimbangkan.

Suka cita juga saya ingin ingatkan senarai ini adalah bersifat seimbang yang sesuai mengikut bajet dan keperluan pengguna.

{snap}

Xiaomi Mi Pad 5 (RM1,449)

Tablet Terbaik Keseluruhan 

Tablet Android daripada Xiaomi ini mempunyai prestasi yang seimbang dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 860. Menariknya lagi, ia menggunakan storan UFS 3.1 yang pantas dan memori RAM LPDDR4X.

Tidak lupa juga ia mempunyai pembesar suara stereo dengan pengiktirafan Hi-Res Audio dan menyokong Dolby ATMOS untuk pembaca.

Untuk skrin, tablet ini menawarkan skrin 11 inci beresolusi WQHD+ dan sokong kadar segar semula 120Hz. Xiaomi Pad 5 mampu membawa masa penggunaan yang tinggi dengan bateri bersaiz 8,720mAh-nya yang besar.

Beli di Shopee

{snap}

Samsung Galaxy Tab S8 (RM3,499)

Tablet Premium Terbaik

Sekiranya pengguna mahukan kualiti, rekaan dan pengalaman penggunaan yang premium, tiada yang lebih layak melainkan Galaxy Tab S8 itu sendiri.

Tablet ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 1, mempunyai bateri sebesar 8,000mAh dan sokongan kad SD Mikro hingga 1TB.

Tetapi sayang sekali kerana ia menggunakan skrin 11 inci jenis LTPS LCD sahaja berbanding Super AMOLED. Galaxy Tab S8 juga menawarkan pengguna tablet dengan ketersambungan 4G LTE atau 5G.

Beli di Shopee

{snap}

OPPO Pad Air (RM1,299)

oppo pad air

Tablet Bajet Dengan Rekaan Terbaik

OPPO Pad Air adalah sebuah tablet baharu yang sesuai bagi pengguna yang mencari tablet bajet tetapi dengan rekaan unik.

Tablet ini dikuasakan cip Snapdragon 680, bateri 7,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Selain itu, ia hadir dengan skrin 10.36 inci dengan resolusi 2K.

Walaupun mempunyai stereo yang baik melalui pembesar suaranya, tablet ini bukan sebuah peranti dengan prestasi yang laju. Tetapi tidak dinafikan ia mempunyai prestasi bateri yang baik.

Beli di Shopee

{snap}

Lenovo Tab P11 Plus (RM1,199)

Tablet Bajet Terbaik

Tablet ini adalah antara pilihan peranti bajet terbaik yang dibawakan Lenovo. Tab P11 Plus menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio G90T dengan variasi model bermula dari 4GB RAM dan 64GB ROM.

Untuk skrin, ia hadir dengan paparan 11 inci dengan resolusi 2K dan sokongan kadar segar semula setakat 60Hz sahaja. Dengan port pengecasan USB-C, tablet ini menawarkan bateri bersaiz 7,500mAh dengan pengecasan 20W.

Selain itu, pengguna juga akan dapat pembesar suara yang telah dioptimumkan Dolby Atmos.

Beli di Shopee

{snap}

Samsung Galaxy Tab A7 Lite (RM699)

Tablet Terbaik Untuk Bajet Bawah RM1,000

Tablet Tab A7 Lite adalah antara pilihan terbaik bagi pelajar universiti mahu pun sekolah. Tablet ini mempunyai rekaan yang baik, prestasi bateri yang seimbang bagi harganya.

Selain itu, pengguna juga disediakan ciri storan tambahan kad SD mikro hingga 1TB. Untuk paparan, pengguna akan dapat skrin 8.7 inci jenis TFT.

Dengan port USB-C, tablet ini disokong bateri bersaiz 5,100mAh dan pembesar suara stereo. Pembaca juga boleh mempertimbangkan Galaxy Tab A8 dalam program perantisiswa berbanding A7 Lite ini.

Beli di Shopee

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress