Pakej Telekomunikasi Khas SPM/STPM Turut Diperluaskan Kepada Pelajar IPT

Pada bulan Disember lalu, kerajaan telah mengumumkan inisiatif Pakej Data Khas untuk membantu golongan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM/STPM melalui bantuan Pakej Data Khas.

Melalui perutusan khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), kerajaan turut memperluaskan inisiatif ini kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pula.

Pakej ini juga akan disediakan sehingga penghujung April 2021.

Penawaran pakej-pakej telekomunikasi ini sudah pun diperkenalkan masing-masing oleh rangkaian Celcom, Digi, dan U Mobile baru-baru ini juga.

Pengenalan ini dilaksanakan berikutan golongan pelajar IPT juga turut terjejas dalam menghadapi wabak Covid-19 ketika PKP ini.