Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (336)

Ini Cara Mudah Untuk Lihat Lingkungan Pergerakan 10KM Semasa PKP

Diterbitkan Januari 13, 2021 ยท Dikemas kini Januari 13, 2021 oleh Meor Hasyim

PKP yang dilaksanakan pada waktu ini adalah antara langkah untuk mengekang penularan pandemik kes Covid-19 yang semakin meningkat.

6 negeri yang melaksanakan PKP iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor, Sabah dan Pulau Pinang, mengehadkan pergerakan individu hanya 10km dari kediaman sendiri sahaja. Jika melanggar arahan ini, mereka boleh didenda maksimum RM1,000.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana cara mudah untuk melihat sejauh mana lingkungan 10km dari kediaman anda, anda boleh menggunakan laman khas 2kmfromhome yang khas dibina untuk tujuan tersebut.

Laman ini dibangunkan oleh pembangun di Ireland pada Mac 2020 dan boleh digunakan oleh kesemua pengguna bukan sahaja di Ireland.

Secara lalai, pengguna diberi pilihan sama ada mahu melihat lingkungan 1km, 2km, 5km, 10km, 15km, atau 25km, namun boleh sahaja ditetapkan seberapa jauh yang penguna mahukan secara manual pada tetapan yang disediakan.

Screenshot (333)

Anda juga boleh melihat lebih dari sekadar satu lokasi lingkungan 10km melalui fungsi ‘Drop Pin’ yang disediakan.

Screenshot (334)

Baik telefon pintar atau komputer, laman ini berfungsi dengan baik yang memudahkan pengguna melihat jarak pergerakan 10km mereka. Anda hanya perlu berikan akses lokasi dan laman akan secara automatik menunjukkan lingkungan jarak yan dimahukan.

Secara tidak langsung, jika ditahan pihak berkuasa, anda boleh menggunakan laman ini sebagai bukti yang anda masih berada dalam lingkungan 10km dari kediaman anda.

Pautan laman: 2kmfromhome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY