Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
celcom 15GB RM20

Celcom Tawar Pas Internet RM20/Sebulan Dengan Pakej Data 15GB

Diterbitkan Januari 6, 2021 · Dikemas kini Januari 6, 2021 oleh Amalina Athman

Celcom kini menawarkan pas internet RM20/sebulan dengan pakej data internet pantas sebanyak 15GB. Pas internet ini dikhususkan untuk pelajar SPM dan STPM yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini.

Dari segi langganan, hanya pelanggan prabayar Xpax yang lahir dari tahun 2001 hingga 2004 layak untuk melanggan pas internet berkelajuan tinggi ini. Sementara itu, tempoh tawaran adalah bermula dari 6 Januari hingga 30 April 2021.

pas internet celcom spm stpm

Menurut Celcom, mereka yang layak akan menerima SMS tawaran bersama arahan untuk melanggan pas internet melalui aplikasi Celcom Life. Pas ini juga terbuka kepada pelanggan baru. Bagaimanapun, mereka perlu menunggu sehingga 4 hari bekerja sebelum layak membuat langganan.

Untuk lebih lanjut mengenai pas internet RM20/sebulan, layari laman web Celcom.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY