Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kerajaan Akan Bekal Pelbagai Bantuan Internet Untuk Golongan B40 Dan Juga Calon SPM/STPM 2021

Posted on Disember 18, 2020

Kerajaan hari ini telah mengumumkan bahawa pelbagai inisiatif akan diberikan kepada golongan isi rumah B40 dan juga calon-calon yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM yang akan menduduki peperiksaan pada tahun 2021.

KENYATAAN MEDIA

Inisiatif kerajaan meningkatkan kesalinghubungan internet bagi golongan B40 serta calon-calon SPM dan STPM membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan pada tahun 2021.

@kkmm_gov@SKMM_MCMC#LonjakanDigital pic.twitter.com/Ee3RJazW7N

— Saifuddin Abdullah 🇲🇾 (@saifuddinabd) December 18, 2020

Ini adalah untuk memudahkan rakyat untuk menikmati kemudahan internet yang lebih baik.

Melalui SKMM dan juga kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan, kerajaan akan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk:

  • Penawaran capaian Wi-Fi percuma melalui Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, TM, dan TIME di kawasan umum di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih di seluruh negara sehingga akhir April 2021.
  • Waktu operasi semua Pusat Internet Komuniti (PIK) akan dilanjutkan dari 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.
  • Program Jaringan Prihatin yang melibatkan peruntukan kredit telekomunikasi bernilai RM180 seorang (RM15 sebulan) atau subsidi pembelian peranti pintar untuk golongan B40. Program dijanka bermula Mac 2021.
  • Data percuma 1GB akan dilanjutkan sehingga bermulanya Program Jaringan Prihatin.
  • Penawaran pakej Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 sehingga tamat peperiksaan pada akhir April 2021. Dijangka ditawarkan bermula 6 Januari 2021.

Untuk penawaran Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 itu, boleh menyemak maklumat lanjut melalui laman web MCM dan juga syarikat telekomunikasi masing-masing.

Sumber: Menteri Komunikasi Dan Multimedia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress