Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mengapa Anda Patut ‘Restart’ Telefon Pintar Sekurang-Kurangnya Sekali Seminggu?

Opensignal: U Mobile Satu-Satunya Rangkaian Berjaya Kekalkan Prestasi Cemerlang Kelajuan 4G Ketika PKP

Diterbitkan November 5, 2020 oleh Meor Hasyim

Penggunaan internet ketika mengharungi wabak pandemik Covid-19 merupakan situasi yang galak dikaji oleh pakar. Baru-baru ini Opensignal telah mengeluarkan laporan mengenai penggunaan data mudah alih pengguna dan kesannya kepada kelajuan muat turun di Malaysia ketika PKP.

Melalui laporan mereka, penggunaan data telefon pintar rakyat Malaysia meningkat secara drastik ketika PKP berlangsung. Pada masa yang sama, pengguna juga mengalami kelajuan 4G yang sedikit perlahan.

Opensignal: U Mobile Satu-Satunya Rangkaian Berjaya Kekalkan Prestasi Cemerlang Kelajuan 4G Ketika PKP

Namun begitu, melalui pengamatan Opensignal, dalam kalangan 5 rangkaian yang dibandingkan, hanya U Mobile sahaja berjaya memberikan kelajuan 4G secara konsisten dengan cemerlang.

Opensignal: U Mobile Satu-Satunya Rangkaian Berjaya Kekalkan Prestasi Cemerlang Kelajuan 4G Ketika PKP

Menariknya kelajuan rangkaian 4G dibekalkan oleh U Mobile dipertingkatkan hampir 2 kali ganda sedangkan rangkaian lain (Maxis, Celcom, Digi, dan unifi) menghadapi kesukaran untuk kembali semula ke kelajuan asal mereka.

Secara purata, kesemua rangkaian mengalami fasa merudum dari segi kelajuan 4G sebaik sahaja PKP diperkenalkan pada 16 Mac.

Namun, usaha U Mobile memberikan perkhidmatan kelajuan 4G yang berkualiti lebih-lebih lagi ketika di masa pengguna sangat-sangat memerlukan sambungan internet perlu diberi pujian.

Sumber: Opensignal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY