GXBank akan melaksanakan Cooling Off Period atau Tempoh Bertenang 1 jam, bermula 12 Februari 2025. Melalui notis yang dikeluarkan hari ini, GXBank memaklumkan Tempoh Bertenang itu akan diaktifkan apabila pengguna menaikkan had pemindahan harian. Pengguna akan dimaklumkan melalui e-mel dan push notification sebaik sahaja tempoh tersebut tamat. Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh itu, pengguna masih boleh…
Perodua Dan UTM Jalin MoU Bangunkan EV Generasi Baru
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan kenderaan elektrik (XEV) generasi baharu. MoU ini mengetengahkan enam elemen utama iaitu untuk kedua-dua Perodua dan UTM bersama-sama meningkatkan kurikulum akademik bagi sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dan kursus lain yang berkaitan. Kerjasama ini merangkumi program pendidikan…
Tol Percuma Sebulan, Seksyen 2 Lebuhraya WCE Dibuka Mulai Tengah Malam Ini
Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Persimpangan Bertingkat SKVE ke Persimpangan Bertingkat SAE dibuka kepada umum bermula tengah malam ini, 22 Januari 2025. Sempena pembukaan jajaran ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut mengumumkan tol percuma selama sebulan bagi pengguna yang memasuki Lebuhraya WCE dari Plaza Tol SAE ke Persimpangan…
Permintaan Air Di Pusat Data, SPAN Tuntut Teknologi Dan Infrastruktur Lebih Efisien
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mencadangkan agar kerajaan melaksanakan beberapa dasar bagi menguruskan permintaan bekalan air antara pengguna domestik dan pusat data. Antara dasar yang dicadangkan ialah Kerajaan Persekutuan perlu menetapkan dasar pengoperasian pusat data secara mampan. Sementara kerajaan negeri perlu memastikan kecukupan sumber air mentah sebelum meluluskan pembangunan pusat data, serta operator bekalan air…
Ibanez Hasilkan “Kabel Gitar Paling Canggih Di Dunia”
Kabel gitar adalah komponen penting pada perlaatan muzik tetapi sering diabaikan berbanding peralatan lain. Walhal ia begitu mempengaruhi kualiti audio yang dihasilkan dari gitar anda. Bersempena dengan acara NAMM 2025 (Persatuan Kebangsaan Pedagang Muzik), Ibanez dan platform pendidikan gitar digital, JTC telah berkolaborasi dengan mencipta kabel yang dikatakan sebagai “kabel gitar paling canggih di dunia.”…
STR Fasa 1 2025 Disalur Mulai 22 Januari, Ini Kadar Bayaran Setiap Kategori
Susulan penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) minggu lalu, kerajaan kini mengumumkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun ini akan disalurkan mulai esok, 22 Januari 2025. Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa pembayaran STR Fasa 1 2025 akan disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR melalui…
