Pengawal selia persaingan Sepanyol, CNMC, telah meluaskan siasatan terhadap Apple yang dimulakan pada Julai 2024. Siasatan ini menyiasat kemungkinan amalan anti-persaingan, termasuk tuduhan bahawa Apple memaksa pembangun aplikasi mematuhi syarat komersial tidak adil di App Store. Terbaru, CNMC menyiasat sama ada Apple mewajibkan struktur harga tertentu ke atas pembangun aplikasi sebagai syarat untuk mengedarkan aplikasi…
Keuntungan Suku Tahunan Samsung Menjunam Lebih 50%
Samsung Electronics melaporkan penurunan keuntungan operasi sebanyak 55% tahun ke tahun untuk suku kedua 2025, kepada 4.7 trilion won (~RM16.9 bilion). Keuntungan bersih turut jatuh 48% kepada 5.1 trilion won (~ RM18.4 bilion), berikutan sekatan eksport cip AI oleh Amerika Syarikat ke China yang memberi kesan besar kepada jualan dan nilai inventori dalam unit Foundry….
TikTok Lancar Ciri ‘Footnotes’ Untuk Perangi Maklumat Palsu
TikTok kini memperkenalkan ciri baharu dipanggil Footnotes di Amerika Syarikat, satu sistem semakan fakta berasaskan komuniti. Melalui ciri ini, pengguna yang telah disaring boleh menambah maklumat kontekstual pada video yang mungkin mengelirukan, seperti mana sistem Community Notes di platform X dan Meta. Seramai 80,000 pengguna AS yang aktif dan berpengalaman dipilih untuk menyertai program rintis…
Australia Akan Larang Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Akses YouTube Dan Media Sosial
Australia bakal menguatkuasakan undang-undang media sosial baharu yang melarang kanak-kanak berumur di bawah 16 tahun memiliki akaun YouTube, selain platform seperti Facebook, Instagram, TikTok, Snapchat dan X. Langkah ini diumumkan oleh Perdana Menteri Anthony Albanese dan Menteri Komunikasi Anika Wells bagi melindungi remaja daripada “algoritma pemangsa” serta kandungan berbahaya. YouTube, yang sebelum ini dianggap dikecualikan…
Pengasas Telegram Disiasat Di Perancis Berhubung Kandungan Haram Dalam Aplikasi
Pengasas Telegram, Pavel Durov telah hadir ke mahkamah di Paris bagi sesi soal siasat ketiga oleh majistret siasatan Perancis, berkaitan tuduhan bersekongkol dalam aktiviti jenayah terancang melalui platformnya. Durov, yang ditahan secara mengejut pada 2024 dan kini disiasat secara rasmi, dituduh membenarkan transaksi haram, kandungan penderaan seksual kanak-kanak, dan pelbagai aktiviti jenayah lain di Telegram….
Pengguna Domestik Terima Rebat Elektrik Ogos Ini
Suruhanjaya Tenaga telah mengesahkan pelaksanaan Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) yang menggantikan mekanisme ICPT, dengan kadar AFA pertama dikenakan bagi penggunaan elektrik sepanjang 1 hingga 31 Ogos 2025. Di bawah mekanisme baharu ini, pengguna domestik yang menggunakan lebih daripada 600 kWj sebulan akan menerima rebat sebanyak 1.45 sen/kWj, selaras dengan kos bahan…
