Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung (Photo by Jung Yeon-je : AFP)

Keuntungan Suku Tahunan Samsung Menjunam Lebih 50%

Diterbitkan Julai 31, 2025 · Dikemas kini Julai 31, 2025 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics melaporkan penurunan keuntungan operasi sebanyak 55% tahun ke tahun untuk suku kedua 2025, kepada 4.7 trilion won (~RM16.9 bilion).

Keuntungan bersih turut jatuh 48% kepada 5.1 trilion won (~ RM18.4 bilion), berikutan sekatan eksport cip AI oleh Amerika Syarikat ke China yang memberi kesan besar kepada jualan dan nilai inventori dalam unit Foundry.

Walaupun permintaan cip AI dijangka kekal kukuh, Samsung mengakui cabaran dalam penggunaan kilang dan keuntungan masih berterusan.

Syarikat itu berhasrat meningkatkan pengeluaran dan memperluas jualan kepada pelanggan utama pada separuh kedua tahun ini.

Namun begitu, terdapat perkembangan positif termasuk keputusan mahkamah yang membebaskan Pengerusi Lee Jae-yong daripada tuduhan penipuan, serta perjanjian bernilai AS$16.5 bilion dengan Tesla untuk membekalkan cip AI6 hingga tahun 2033 — mewakili 7.6% daripada jualan 2024 Samsung.

Perjanjian ini dijangka mengukuhkan kedudukan Samsung dalam pasaran cip AI global, dan memperluaskan portfolio pelanggan unit Foundry yang kini ketinggalan berbanding TSMC dan SK hynix.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Samsung Terlalu Selesa, Makin Hilang Sentuhan Inovasi — Ini Realiti Pahit Yang Harus Ditelan
  • ASUS Malaysia Lancar Siri V400 AiO, PC AIO Bermula RM3,799

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY