Meta kini mengumumkan beberapa ciri baharu di Instagram, yang nampaknya diinspirasikan daripada pesaing. Bermula hari ini, pengguna Instagram boleh berkongsi semula Reels dan siaran awam melalui butang ‘repost’. Mirip TikTok, segala kandungan yang dikongsi semula akan dipaparkan dalam tab ‘Repost’ di profil pengguna, selain akan turut disyorkan dalamĀ feed pengikut. Setiap repost akan memaparkan kredit kepada…
Casio Bawa G-SHOCK Ke Metaverse, Lancar Koleksi Avatar Robotik Dan NFT Edisi Terhad
Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan kerjasama dengan platform permainan metaverse Web3, The Sandbox, melalui projek VIRTUAL G-SHOCK yang memfokuskan kepada jam tangan tahan lasak G-SHOCK. Bermula 3 September, kandungan permainan yang menampilkan dunia G-SHOCK akan tersedia bersama NFT edisi terhad dan avatar rasmi. Dalam “G-SHOCK City”, pemain boleh meneroka sejarah G-SHOCK melalui format permainan pengembaraan…
Kaca Pelindung Skrin iPhone Dan Apple Watch Akan Dibuat 100% Di AS
Apple dan Corning meluaskan lagi kerjasama mereka, dengan Apple mengumumkan pelaburan bernilai $2.5 bilion (~ RM11.75 bilion) untuk memastikan 100% kaca pelindung skrin iPhone dan Apple Watch dihasilkan di Harrodsburg, Kentucky, Amerika Syarikat. Ini merupakan kali pertama kesemua kaca peranti tersebut akan dihasilkan sepenuhnya di AS. Corning akan menubuhkan barisan pengeluaran kaca telefon pintar terbesar…
Malaysia Rancang Tarif Air Khusus Untuk Pusat Data
Kerajaan bekerjasama dengan pengawal selia negeri bagi memperkenalkan tarif air khusus untuk pusat data dan pengguna industri berat, selain menggalakkan penggunaan air kitar semula dan sistem penyejukan berpusat untuk mengurangkan tekanan pada sumber air bersih. Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata walaupun pengurusan air terletak di bawah bidang kuasa negeri, agensi Persekutuan seperti…
“Tiada Pintu Belakang, Tiada ‘Kill Switch’,” Nvidia Tolak Cadangan AS
Nvidia menegaskan bahawa cip keluarannya “tidak mempunyai dan tidak sepatutnya mempunyai ‘kill switch’ atau pintu belakang,” sambil menyifatkan ia hanya akan mengundang risiko keselamatan dan menjadi “hadiah” kepada penggodam serta pihak bermusuh. Kenyataan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Nvidia David Reber Jr. dikeluarkan ketika syarikat itu berdepan tekanan dari Amerika Syarikat dan China. Rumah Putih dan…
Trump Dijangka Umum Tarif Baharu Semikonduktor Seawal Minggu Depan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dijangka mengumumkan tarif baharu ke atas semikonduktor dan cip seawal minggu hadapan. “Kami akan mengumumkan mengenai semikonduktor dan cip, yang merupakan kategori berasingan, kerana kami mahu ia dihasilkan di Amerika Syarikat,” kata Trump dalam satu wawancara bersama CNBC. Beliau berkata pengumuman itu akan dibuat pada minggu depan atau sekitar waktu…
