Sebuah EV BYD model Song Plus di Beihai, Guangxi, China telah dipanah petir sebanyak tiga kali berturut-turut ketika melalui kawasan rehat Tieshan dalam cuaca ribut. Rakaman dari kamera papan pemuka (dashcam) dari kenderaan lain yang berjaya merakam insiden itu telah tular di media sosial China. Pemandu dan kereta tersebut tidak mengalami kecederaan dan kerosakan serius….
Motosikal Kena Tol Bermula Oktober? Ini Penjelasan LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya penunggang motosikal bakal dikenakan bayaran tol bermula Oktober 2025. Dalam satu kenyataan, LLM menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak benar, mengelirukan dan berpotensi mencetuskan kebimbangan tidak berasas dalam kalangan penunggang motosikal. LLM menegaskan bahawa tiada perubahan terhadap kategori kenderaan yang dikenakan tol pada masa ini,…
China Lancar Kilang Automotif 100% Dipacu 5G Dan AI Pertama Di Dunia
Sebuah syarikat automotif China, Avita Technology baru-baru ini mencipta sejarah apabila melancarkan Kilang Digital Pintar 5G mereka di Chongqing, China. Kilang ini bukan sekadar satu fasiliti perindustrian biasa, malah diiktiraf sebagai kilang pertama di dunia yang beroperasi automasi sepenuhnya menggunakan gabungan teknologi 5G dan Kecerdasan Buatan (AI). Apa yang menjadikan kilang ini begitu istimewa ialah…
Siri Tecno Pova 7 Baharu Dilancar Di Malaysia Dengan 5G, Harga Dari RM899
Tecno kembali memperbaharui siri Pova 7, kali ini dengan sokongan 5G untuk dua model baharu, iaitu Pova 7 5G dan Pova 7 Ultra 5G. Model asas Pova 7 5G hadir dengan paparan 6.78 inci FHD+ berkelajuan 144Hz, dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300 Ultimate. Bateri berkapasiti 6,000 mAh menyokong pengecasan pantas 45W melalui kabel dan 30W…
Aplikasi Xbox PC Kini Sokong Strim Permainan Tanpa Muat Turun
Microsoft memperkenalkan ciri baharu pada aplikasi Xbox PC yang membolehkan pemain menstrim permainan milik mereka secara langsung tanpa perlu muat turun tambahan atau langganan lain. Pemain hanya perlu membeli permainan tersebut. Ciri ini memperluaskan konsep Xbox Play Anywhere, yang membolehkan pembelian permainan di Microsoft Store dimainkan pada mana-mana peranti dengan Xbox app termasuk konsol Xbox. Kini…
AI Disaman Lagi, Kali Ini Dari Media Terbesar Jepun
Akhbar terbesar Jepun, Yomiuri Shimbun, telah memfailkan saman terhadap firma AI berpangkalan di AS, Perplexity, di Mahkamah Tokyo, menuntut ganti rugi ¥2.2 bilion (kira-kira RM91 juta). Yomiuri, yang mempunyai edaran harian sekitar enam juta naskhah, mendakwa Perplexity menggunakan lebih 120,000 artikelnya tanpa kebenaran antara Februari hingga Jun 2025. Kandungan itu, kata Yomiuri, digunakan untuk menghasilkan…
