Aplikasi Facebook kini dilaporkan menghadapi masalah log keluar secara automatik. Masalah tersebut telah dilaporkan oleh rata-rata pengguna Facebook secara global. Berdasarkan Downdetector, 4867 laporan telah diterima pada 11.30 pagi. Daripada jumlah laporan keselurahan, 85% daripadanya melibatkan masalah log masuk. Perkara ini turut disahkan oleh pihak Facebook menerusi akaun rasmi di Twitter @facebookapp. Menurut Facebook, isu…
Speedtest: Purata Kelajuan Internet Mudah-Alih Di Malaysia Adalah 25.6Mbps Sahaja
Speedtest kini telah mengeluarkan laporan mengenai stastik kelajuan internet di seluruh dunia. Ia memperlihat kelajuan internet untuk kedua-dua kategori, mudah alih dan juga jalur lebar. Malaysia menduduki tempat ke-87 secara global dengan kelajuan internet mudah alih purata 25.60Mbps. Jika dibandingkan secara global, Qatar adalah negara dengan terpantas di dunia dengan kelajuan (178.Mbps). Kelajuan internet mudah-alih…
Signal Mula Meniru Ciri-Ciri Yang Ada Di WhatsApp
Aplikasi permesejan Signal yang semakin mendapat tempat dihati pengguna telefon pintar dilaporkan akan menawarkan ciri-ciri yang sama sepertimana yang ada pada aplikasi WhatsApp. Antara ciri-ciri baru yang akan diperkenalkan Signal termasuklah ciri menukar tetapan ‘wallpaper’ pada setiap ruang sembang, tetapan pilihan status pengguna, pelekat beranimasi, mod data rendah, cadangan orang hubungan, panggilan berkumpulan, pautan jemputan…
Google Mengugut Untuk Menutup Enjin Carian Mereka Di Australia
Google LLC dilaporkan mengugut kerajaan Australia untuk menutup servis enjin carian mereka di negara Kanggaru itu. Tindakan tersebut terpaksa diambil Google selepas kerajaan Australia dikhabarkan akan menguatkuasakan undang-undang yang akan menyebabkan mana-mana gergasi teknologi perlu membayar kepada syarikat media massa dalam negara itu untuk menggunakan kandungan mereka. Cadangan untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut diumumkan selepas Kerajaan…
Laman Sesawang Muat Turun Dan Perkongsian Fail Terawal Akhirnya Mengucapkan Selamat Tinggal
Jika anda merasai pengalaman menggunakan internet pada awal 90an, laman sesawang muat turun dan perkongsian fail yang dikenali sebagai Tucows.com pasti tidak asing kepada anda. Walaubagaimanapun selepas hampir 30 tahun berkhidmat, laman sesawang tersebut akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada para pengguna setianya. Ia dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Eksekutif Tucows Elliot Noss baru-baru ini. “We…
SKMM: Tiada Lagi Peranti 3G Diperakui, Hanya Peranti 4G Dibenarkan Masuk Malaysia
Walaupun pahit tetapi ia harus ditelan, itulah yang akan berlaku sekarang dimana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan bahawa mereka tidak lagi memperakui peranti 3G. Perkara ini seperti yang dinyatakan terdahulu oleh SIRIM dan ia telah dimaklumkan pula kepada Jabatan Kastam dan semua agensi yang berkaitan. Ini bermakna, tidak akan ada lagi peranti 3G…
