Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios record new

Ini Cara Mudah Untuk Matikan Rakaman Skrin Pada iPhone

Diterbitkan Februari 15, 2021 oleh Amsyar Latif

Perakam skrin atau screen record pada iOS pertama kali diperkenalkan pada iOS 11.

Seperti yang diketahui pengguna iPhone, rakaman skrin boleh dilakukan dengan klik ikon yang didapati pada control center.

Namun, sehingga kini masih banyak pengguna yang mematikan rakaman skrin ini dengan menatal semula control center tersebut.

Sebenarnya, terdapat cara lebih mudah untuk mematikan rakaman skrin pada iPhone ini.

Ia sangat mudah, anda hanya perlu klik ikon atau taskbar berwarna merah pada atas skrin semasa membuat rakaman skrin.

Ini Cara Mudah Untuk Matikan Rakaman Skrin Pada iPhone

Jika anda klik padanya, akan terpapar pemberitahuan ‘stop recording‘ dan paparan ini tidak akan terlihat pada rakaman yang telah dibuat.

Ini Cara Mudah Untuk Matikan Rakaman Skrin Pada iPhone

Oleh itu, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk menatal control center lagi hanya untuk mematikan rakaman.

Ini bukanlah satu ciri baharu atau tersembunyi tetapi ia sedikit sebanyak membantu buat golongan yang masih belum mengetahui cara mudah ini.

Itu sahaja yang dapat dikongsikan daripada kami kali ini. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY