Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC: Hati-Hati Ketika Melayari Laman Cari Teman, Berdepan Risiko Scam Percintaan

MCMC: Hati-Hati Ketika Melayari Laman Cari Teman, Berdepan Risiko Scam Percintaan

Diterbitkan Februari 15, 2021 · Dikemas kini Februari 15, 2021 oleh Amalina Athman

Internet membuka ruang kepada komunikasi yang lebih luas dan terbuka termasuklah aktiviti-aktiviti tidak bermoral seperti penganjuran parti liar, hubungan terlarang dan aktiviti bertentangan dengan undang-undang seperti penyediaan khidmat pelacuran dalam talian.

Baru-baru ini, laman cari teman Sugarbook mendakwa semakin ramai wanita Malaysia, terutamanya penuntut universiti, menawarkan diri sebagai Sugar Baby di laman aplikasi tersebut.

Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi satu kenyataan mengatakan dakwaan gimik pemasaran itu perlu disiasat untuk disahkan kerana profil pengguna boleh diolah sesuka hati untuk tujuan-tujuan yang berlainan termasuk untuk memperdaya mangsa.

Selain Sugarbook, terdapat juga pelbagai aplikasi lain yang menawarkan perkhidmatan “dating service” atau percintaan dalam talian. Sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan siber dan kawalan kendiri, pengguna mungkin akan lebih mudah tertipu dan mendorong kepada risiko jenayah siber.

Sebagai tambahan, mereka yang terlibat juga akan berdepan risiko scam percintaan (love scam) termasuk terdedah kepada malware dan spyware, kebocoran maklumat peribadi dan gangguan seksual.

Sehubungan itu, MCMC menyarankan agar pengguna sentiasa berhati-hati memberikan maklumat peribadi ketika melayari media sosial atau aplikasi dalam talian, terutamanya untuk berhubung dengan orang-orang yang tidak dikenali.

Dalam pada itu, MCMC akan terus memantau dan menyiasat bersama PDRM bagi aplikasi Sugarbook serta akan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat sekiranya didapati melanggar undang-undang negara.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY