Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB Tawar Pasang Sistem Solar Di Rumah Dengan Pelan Ansuran Mudah

TNB Tawar Pasang Sistem Solar Di Rumah Dengan Pelan Ansuran Mudah

Diterbitkan Februari 15, 2021 ยท Dikemas kini Februari 15, 2021 oleh Amsyar Latif

Sekiranya anda membayar bil elektrik sekitar RM150 sebulan, selepas ini anda boleh melakukan penjimatan lebih lagi.

Baru-baru ini, TNB menawarkan pakej solar GSPARX yang mana mampu memberikan penjimatan elektrik rumah anda sehingga 90%.

Screenshot 2021-02-15 123252

Tambahan lagi, untuk tempoh terhad, diskaun sebanyak 20% diberikan jika anda berminat untuk memasang panel solar di rumah kediaman.

Untuk kos pemasangan, anda perlu menyediakan wang pendahuluan sebanyak RM18,900 tetapi anda juga boleh melakukan pembayaran melalui kad kredit dengan tanpa wang pendahuluan.

Screenshot 2021-02-15 123126
Pembayaran Tunai

Melalui kad kredit, bayaran bulanan dikenakan iaitu sebanyak RM525 sebulan selama 36 bulan.

Screenshot 2021-02-15 123109
Pembayaran Kad Kredit

Tempoh promosi ini adalah terhad bermula hari ini sehingga 28 Februari 2021.

Perlu diketahui, sistem solar di rumah adalah untuk jangka masa panjang. Tawaran ini juga memberikan penjimatan kos pemasangan sehingga RM-10,746 untuk tempoh 20 tahun. Bagi yang berminat, anda boleh terus layari laman TNB.

Sumber: TNB

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY