Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kamera swafoto 100MP

Telefon Dengan Kamera Swafoto 100MP Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Februari 15, 2021 ยท Dikemas kini Februari 15, 2021 oleh Amalina Athman

Beberapa tahun kebelakangan ini, kita sudah sedia disajikan telefon pintar dengan kamera utama yang mempunyai sensor 100MP. Terkini, laporan Digital Chat Station menyatakan telefon dengan kamera swafoto 100MP dijangka hadir tidak lama lagi.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan lebih lanjut pengeluar mana yang akan melancarkan peranti tersebut. Memandangkan sensor 100MP memerlukan ruang yang banyak, belum diketahui bagaimana kamera swafoto berkenaan akan diletakkan pada bahagian hadapan peranti.

Telefon Dengan Kamera Swafoto 100MP Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi

Pada masa ini, sensor kamera swafoto paling tinggi adalah 44MP. Antara peranti yang hadir dengan kamera swafoto 44MP termasuk vivo V20 dan OPPO Reno3 Pro. Tidak mustahil pengeluar yang sama akan mengeluarkan peranti dengan kamera swafoto mencecah 100MP.

Di sisi yang lain, terdapat laporan yang menyatakan ZTE Axon 30 Pro mungkin akan menjadi peranti pertama yang hadir dengan kamera swafoto 200MP.

Bagi anda sendiri, adakah perlu kamera swafoto dengan megapiksel yang tinggi atau cukup dengan sedia ada tetapi ditambah kualiti lebih baik?

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY