Jika korang masih tercari-cari telefon pintar terbaru yang cukup berkuasa, kaya dengan pelbagai ciri menarik dan memiliki rekaan premium tetapi harga marhaen, vivo Y33s semestinya patut berada dalam radar korang. Ini kerana, apa yang korang nak tu semua ada ditawarkan dalam vivo Y33s. Super Premium Sekali pandang pada vivo Y33s sudah cukup membuatkan korang teruja…
Ini Senarai Kapasiti Bateri Yang Dimuatkan Dalam Siri iPhone 13
Pada pelancaran iPhone 13 minggu lalu, Apple menyatakan bahawa iPhone 13 mampu beroperasi lebih lama berbanding model sebelumnya iaitu iPhone 12. Apple mendakwa, keupayaan bateri iPhone 13 meningkat sehingga mampu bertahan 2.5 jam lebih lama dari model iPhone 12. Bateri iPhone 13 mini pula mampu bertahan sehingga 1.5 jam. Begitu juga dengan bateri iPhone 13…
Ini Purata Jumlah Hari Bekerja Yang Diperlukan Bagi Membolehkan Anda Membeli iPhone 13 Pro Di Malaysia
Apple telah pun mengumumkan barisan model terbaru telefon pintar mereka iPhone 13. Sebanyak 4 model iPhone 13 diumumkan iaitu iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Kesemua iPhone tersebut akan boleh dipra tempah pengguna bermula 1 Oktober 2021. Sebuah laman analisis bernama Picodi ada membuat analisis berkenaan purata hari bekerja…
UTHM Bina Dron Terbesar Pertama Di Malaysia
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memaklumkan bahawa mereka telah berjaya mencipta sebuah dron kargo gergasi pertama di Malaysia yang dikenali sebagai C-Drone. C-Drone tersebut telah berjaya terbang dengan membawa kargo seberat 200 kilogram (kg). Sekaligus berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Beban terberat yang boleh diangkat oleh sesebuah dron.’ Projek…
SKMM Menjemput Syarikat-Syarikat Sertai Projek “KITAR”
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mempelawa syarikat-syarikat yang berminat untuk menghantar kertas cadangan bagi Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil atau KITAR. Projek ini bertujuan untuk mengitar semula peranti lama dan yang telah rosak (mobile e-waste). Pelawaan kerjasama ini meliputi beberapa skop projek iaitu logistik, operasi kitar semula, dan…
iOS 15 Boleh Dimuat Turun Awal Pagi 21 September, Ini Peranti Yang Menyokongnya
Sama ada anda suka atau tidak, iOS 15 boleh dimuat turun bermula esok (21 September) jam 1 pagi. Ia juga serentak dengan kemas kini iPadOS 15, watchOS 8 dan juga tvOS 15. Bagi macOS 12 Monterey masih belum diketahui. Kemas kini iOS 15 pasti hadir dengan saiz besar dan anda disarankan untuk membuat sandaran iCloud…
