Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cip Intel Baharu Didakwa Kalahkan Apple M1 Max

Posted on Oktober 25, 2021Oktober 28, 2021

Cip generasi ke-12 Intel yang dinamakan Alder Lake adalah gabungan antara teras berprestasi tinggi Golden Cove dan Gracemont yang dikatakan menjimatkan kuasa. Intel mendakwa siri Alder Lake akan menjadi siri cip paling berprestasi tinggi per watt dengan mengoptimasikan teras yang berkuasa tinggi dan pada masa sama cekap dalam penggunaan kuasa.

Wccftech melaporkan dalam sebuah ujian dalaman yang dilakukan pengeluar, cip Intel Core i9 12900HK yang diuji Windows 11 mendapat skor yang lebih tinggi berbanding Apple M1 Max serta meninggalkan Ryzen 5980HX di belakang.

Cip dalam dikategorikan dalam keluarga Alder Lake ini dibina berdasarkan binaan Intel 7 serta dikuasakan 14 teras dan 20 bebenang, menjadikannya antara yang paling berkuasa dalam siri Alder Lake-P. Selain itu, ia dijangkakan hadir dengan 16 teras dan 24 bebenang.

Siri Alder Lake-P juga diunjurkan akan diperkenal pada umum bersama kad grafik Arc Alchemist pada acara CES 2022 yang dijadualkan 5 Januari 2022.

Sumber: Wccftech

Baca juga:

  • Dua Komputer Riba Microsoft Surface Baharu Akan Masuk Malaysia Awal Tahun Hadapan
  • GTA: The Trilogy Rasmi 11 November, Ini Harga Dan Spesifikasi PC Yang Diperlukan
  • Komputer Riba Acer ConceptD 7 – Paparan 3D Tanpa Guna Kaca Mata 3D
  • Diskaun Sehingga RM800 untuk Promosi ‘Back to Office’ MSI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress