Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ciri Baharu Clubhouse Benarkan Perkongsian Pautan

Posted on Oktober 25, 2021

 

Clubhouse, antara platform yang popularitinya meningkat mendadak semenjak pandemik menghimpit penduduk dunia membenarkan pengguna membuka ‘room’ untuk perbualan audio sama seperti Twitter Spaces.

Terdahulu, Clubhouse telah menyertakan fungsi Clubhouse Payment di mana pengguna boleh menghantar wang pada pencipta. Ciri seperti ini juga telah hadir di platform lain seperti Twitter dan Youtube sebagai tanda sokongan penonton kepada pencipta kandungan.

Kini, Clubhouse mengumumkan ciri terbaharu mereka iaitu Pinned Links yang membenarkan moderator mengepilkan pautan dalam setiap ‘room’ termasuk pautan dari YouTube, GoFundMe, Substack, Patreon, laman membeli-belah dan lain-lain.

Ciri ini akan tersedia pada semua pengguna Android dan iOS bermula 27 Oktober 2021.

Sumber: Clubhouse

Baca juga:

  • Buat Duit Guna Aplikasi Clubhouse
  • CEO Clubhouse Nafikan Dakwaan Data Pengguna Bocor
  • Twitter Pernah Ingin Ambil Alih Clubhouse Dengan Nilai RM16.5 Bilion
  • Twitter Spaces Kini Boleh Dihos Oleh Semua Pengguna
  • Spotify Lancar Greenroom, Pesaing Baharu Clubhouse
  • Buat Duit Guna Aplikasi Clubhouse

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress