Semalam secara rasminya dron terbaru dari DJI iaitu DJI Mini 3 Pro telah dilancarkan. DJI menyatakan, Mini 3 Pro yang hanya berat yang kurang daripada 249 gram mampu diterbangkan selama 34 minit dengan Bateri Penerbangan Pintar sekali cas. Tetapi dengan pengenalan bateri baharu yang dikenali sebagai Bateri Penerbangan Pintar Plus pada Mini 3 Pro, ia membolehkan…
Elon Musk Belum Masuk Pejabat Tapi CEO Twitter Sudah Pecat Dua Pegawai Tertinggi Secara Mengejut
Elon Musk masih belum memiliki Twitter secara rasmi namun beberapa pegawai eksekutif tertingginya sudah dipecat oleh CEO Twitter, Parag Agrawal. Dua pegawai tertinggi yang dipecat ialah Kayvon Beykpur selaku pengurus bahagian produk dan Bruce Falck, ketua hasil produk. Beykpour lebih menumpukan pada ciri dan fungsi yang digunakan pengguna Twitter manakala Falck lebih pada bahagian di…
iPod Touch Habis Dijual, Tiada Lagi Dalam Pasaran Sampai Bila-Bila
Beberapa hari lepas, Apple secara rasmi telah menghentikan pengeluaran iPod Touch dan hanya stok yang masih ada di kedai fizikal serta laman web Apple Store sahaja yang masih boleh didapatkan. Ekoran itu, pengumpul dan peminat Apple mula ‘menyerbu’ kedai dalam talian Apple untuk membeli generasi terakhir iPod Touch. Berdasarkan tinjauan kami, iPod Touch varian paling…
KKM Kini Melanjutkan Tarikh Akhir Vaksin Percuma Kanak-Kanak
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengemaskini tarikh akhir untuk mendapatkan vaksin percuma kanak-kanak kepada 31 Mei ini. Sebelum ini, KKM telah menyatakan tarikh akhir untuk anda mendapatkan vaksin percuma kanak-kanak untuk anak anda adalah pada 15 Mei, Ahad ini. Oleh itu, bermula 1 Jun depan KKM tidak lagi menawarkan vaksin kanak-kanak secara percuma kepada orang awam….
Guna Nombor Telefon Yang Didaftarkan Atas Nama Sendiri – PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggesa orang ramai supaya menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama sendiri untuk membuka akaun bank. Ia adalah bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang akan menyalahgunakan akaun perbankan dan sekali gus dapat memindahkan wang dalam akaun tanpa disedari mangsa. PDRM menyatakan, mendaftarkan nombor telefon orang lain semasa…
Google Temukan 13 Kecacatan Keselamatan Chrome, Pengguna Digesa Kemas Kini Segera
Google baru-baru ini memaklumkan bahawa mereka telah menemukan sebanyak 13 kecacatan keselamatan pada pelayar Chrome. 8 daripadanya diklasifikasikan sebagai kecacatan berisiko tinggi yang boleh membahayakan keselamatan data penggunanya. Isu ini meliputi pengguna pelayar Chrome di platform Windows, macOS, Linux dan Android. 9 daripada 13 kecacatan Chrome itu pula ditemui oleh beberapa individu dari pelbagai organisasi. Ekoran…
