Penantian Berakhir, Bukan Satu Tapi Dua 'Game' Spider-Man Akan Tiba Untuk PC

Awal pagi tadi, acara PlayStation State of Play akhirnya sudah selesai. Beberapa perkara menarik telah diumumkan Sony.

Namun, salah satu tumpuan utama adalah permainan adiwira popular, iaitu Spider-Man akhirnya akan ditawarkan buat PC.

Benar, anda membacanya dengan betul. Bermakna, game yang dilancarkan pada tahun 2018 dahulu akhirnya boleh dimainkan di PC.



Permainan "terbaru" ini dinamakan sebagai Marvel's Spider-Man Remastered. Seperti kita tahu, ia terdahulu terhad untuk konsol PS4 sahaja.

Menurut Sony, game tersebut dibangunkan dengan kerjasama studio Nixxes Software. Bukan sahaja ia menerima grafik memukau seperti ray-tracing tetapi ia turut menyokong kawalan permainan menggunakan tetikus dan papan kekunci.

https://www.youtube.com/watch?v=wQkAfmvjWgs&t=42s

Tak cukup? Marvel's Spider-Man: Miles Morales yang dilancarkan untuk PS4 dan PS5 juga akan ditawarkan buat PC sekitar penghujung tahun ini.

Bagi Spider-Man Remastered pula, ia akan mula dijual secara rasmi menjelang 12 Ogos 2022. Melalui pengumuman ini, Spider-Man menjadi game eksklusif Sony yang ketiga masuk ke PC selepas Horizon: Zero Dawn dan God of War.

Sumber: playstation

Baca juga: