Umum mengetahui, Apple sememangnya akan mengumumkan kemas kini perisian terbaharu mereka seperti iOS, iPadOS, watchOS, tvOS, macOS serta beberapa fungsi baharu.
Namun, buat pertama kalinya laman jualan Apple ditutup buat sementara waktu. Kali terakhir Apple berbuat demikian semasa acara WWDC adalah pada tahun 2017 di mana mereka mengumumkan iPad Pro, sejumlah komputer Mac dan pratonton HomePod.

Tambahan lagi, laman jualan Apple wajib ditutup seketika lebih-lebih lagi pada bulan September kelak apabila mereka mahu melancarkan iPhone baharu.
Oleh yang demikian, berkemungkinan besar akan ada produk baharu yang dilancarkan Apple awal pagi ini. Antara yang disebut-sebut ialah MacBook Air yang dikemaskini.

Kali terakhir MacBook Air versi baharu adalah pada dua tahun yang lalu di saat M1 membuat kemunculan sulungnya.
Desas-desus mendakwa MacBook Air ini bakal menerima rupa bentuk serta empat pilihan warna baharu. Cip Apple M2 juga dikhabarkan akan diumumkan nanti.
Saya menjangkakan sama ada cip M2 akan digunapakai pada MacBook Air atau pun pada Mac Pro. Walau apa pun, sama-sama kita nantikan pada jam 1 pagi ini.
Anda boleh tonton acara Apple WWDC di YouTube rasmi Apple - https://www.youtube.com/watch?v=q5D55G7Ejs8
Baca juga:
Kereta Api Di Jepun Efisien Kerana Dua Perkara Ini, Perlu Jadi Ikutan
'Scalper' GPU Kerugian Lebih RM100 Ribu, Orang Ramai Bertepuk Tangan
Apple Terus Kuasai Pasaran Tablet, iPad Air (2020) Masih Dicari Ramai
Berkaitan
- 'Doomsday Glacier' Makin Cepat Cair, Paras Laut Dunia Boleh Meningkat
- realme Dijangka Lancar "Laptop", Mungkin Kemasan Macam MacBook
- realme Buds Air 2 Akan Dilancar Buat Pasaran Tempatan Pada 25 Mac
- Imej Yang Dikatakan AirPods 3 Tertiris, Rekaan Serba Baharu
- Apple Mungkin Akan Perkenalkan Cip M1X Pada Macbook Pro 16 Inci - Hadir Dengan 12 Teras
- Jam Tangan Pintar Ini Boleh Larut Dalam Air, Atasi Masalah E-Sisa
- AirPods Pro Baharu Dan iPhone SE Dijangka Akan Dilancarkan Pada April Ini
- MacBook Pro Dengan Cip M1 Pro Dan M1 Max Dah Boleh Dibeli
- Apple Disaman Berikutan Isu Kalis Air Pada iPhone
- AirAsia Lancar FACES, Teknologi Pengecaman Wajah Di Lapangan Terbang