Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
diablo immortal

Diablo Immortal Dilancarkan Untuk iOS, Android Dan PC – Sokong ‘Cross-Platform’

Diterbitkan Jun 3, 2022 · Dikemas kini Jun 3, 2022 oleh Firdaus

Berita baik kepada peminat Diablo, permainan video baharu Diablo Immortal telah dilancarkan di peringkat global untuk peranti Android dan iOS.

Diablo Immortal merupakan sebuah permainan mudah alih baharu dan percuma daripada Blizzard Entertainment. Selain itu, permainan ini juga menyokong permainan rentas platform (cross-platform).

Erti kata lain, anda boleh bermain dan membina karakter yang sama di peranti telefon pintar dan juga PC. Di samping itu, Diablo Immortal juga menawarkan customization karakter dengan pelbagai pilihan tersedia.

Kawalan pada Android dan iOS sungguh mudah sama seperti permainan MOBA (multiplayer online battle arena) – bahagian kiri untuk kawalan, dan bahagian kanan untuk serangan, kemahiran dan lain-lain.

Diablo Immortal Dilancarkan Untuk iOS, Android Dan PC – Sokong ‘Cross-Platform’

Walau bagaimanapun, pemain tempatan diharapkan bersabar. Ini kerana Blizzard mengesahkan bahawa pasaran Asia Tenggara boleh memainkan permainan tersebut bermula 22 Jun nanti.

Sumber: GSMArena

Baca juga:

  • ‘Scalper’ GPU Kerugian Lebih RM100 Ribu, Orang Ramai Bertepuk Tangan
  • (Ulasan) realme 9 Pro+ Free Fire Edition – Tak Susah Nak ‘Booyah’
  • “WFH Tak Relevan, Masuk Pejabat Atau Berhenti” – Elon Musk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY