Apple dalam acara WWDC pagi ini memperkenalkan versi terbaharu sistem operasi bagi Apple Watch iaitu watchOS 9. Antara yang terkini dalamnya ialah sokongan kalendar Hijrah dan Hebrew serta pengenalan 4 watch face baharu. Selain itu, pengguna kelak boleh pinkan aplikasi untuk mudahkan ia diakses. Notifikasi pada jam juga mengalami sedikit perubahan. Aplikasi Workout akan hadir…
Panggilan Video Tak Cantik? Apple Akan Benarkan iPhone Jadi ‘Webcam’ Untuk Mac
Selain fungsi Stage Manager, sistem operasi macOS terbaru – Ventura turut menawarkan satu ciri yang kadangkala tidak terfikir oleh pengguna tetapi mungkin akan digunakan juga nanti. Fungsi yang dimaksudkan itu ialah continuity camera. Ia membenarkan iPhone dijadikan sebagai kamera web (webcam) pada barisan komputer Mac. iPhone yang telah ditukarkan fungsinya menjadi webcam itu boleh digunakan dalam aplikasi seperti…
iPadOS 16 – Kini Ada Aplikasi Weather Dan Ke Arah Budaya WFH Yang Lebih Cekap
Sistem operasi untuk iPad iaitu iPadOS 16 dilancarkan Apple dalam WWDC pagi ini. Antara pembaharuan dibawakan kali ini ialah kehadiran aplikasi Weather, pengurusan multitasking. yang lebih cekap dan lain-lain. Seperti iOS 16, lockscreen pad iPadOS 16 juga hadir dengan wajah baharu di mana pengguna boleh menambah widget, melaraskan bokeh dan lain-lain. Gambar latar atau wallpaper juga…
Aplikasi ‘Fitness’ Selepas Ini Boleh Digunakan Biarpun Tiada Apple Watch
Berita baik buat semua pengguna iPhone di mana Apple kini mengesahkan bahawa aplikasi Fitness boleh digunakan meskipun mereka tidak mempunyai Apple Watch. Terdahulu, aplikasi tersebut ibarat tidak memberi makna apa-apa khususnya bagi yang tidak menggunakan Apple Watch. Mungkin juga ada yang tidak tahu akan kewujudannya di dalam peranti. Walau bagaimanapun, mana-mana pengguna iPhone yang menjalankan…
macOS Ventura Diumumkan, Stage Manager Jadi Tumpuan
Versi terbaharu macOS turut sama dilancarkan Apple dan ia diberi nama macOS Ventura. Antara perkara baharu dibawakan sistem operasi baharu ini ialah ciri Stage Manager yang membenarkan hanya aplikasi utama menjadi fokus. Aplikasi yang tidak digunakan akan diketepikan lantas membantu pengguna memberi tumpuan. Bagi fungsi Spotlight pula, ia ditambah baik dengan Rich Results yang juga…
MacBook Air Diberi Nafas Baharu Yang Ditunggu-Tunggu
Dua tahun lalu, MacBook Air yang dikuasakan cip M1 mula mendapat perhatian ramai kerana prestasi cip pemprosesan tersebut. Lebih daripada setahun, khabar angin terhadap MacBook Air bakal diberi nafas baharu sudah kedengaran. Kini, segalanya sudah terjawab. Apple akhirnya mengumumkan MacBook Air serba baharu. Ia merupakan komputer riba Apple pertama yang dikemudi cip terbaharu Apple M2….
