Tarikh Pelancaran Snapdragon 8 Gen 2 Dipercayai Tertiris

Snapdragon di laman web mereka telah meletakkan tarikh bagi acara Snapdragon Summit iaitu pada 14-17 November 2022.

Melalui carian kami, maklumat ini sudah tidak lagi tersedia di laman web Snapdragon.

Lazimnya, cip terbaru mereka akan diumumkan pada hari pertama acara tersebut maka logik untuk menjangka cip Snapdragon 8 Gen 2 akan diperkenal pada 14 November.

Selain itu, Xiaomi juga akan mungkin hadir untuk memberi sedikit maklumat tentang telefon pintar mereka yang akan menggunakannya iaitu Xiaomi 13 dan 13 Pro.

Pemproses model pengganti Snapdragon 8cx 3 yang ada laporan percayai akan menjadi pesaing cip Apple M1.

Buat waktu ini, Snapdragon 8 Gen 2 berkemungkinan besar kekal dengan binaan 4nm daripada TSMC.

Sumber: Wccftech