Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seorang Remaja Di Sarawak Dipercayai Membunuh Diri Selepas Bersandarkan Pada Undian Instagram Yang Diciptanya

Ahlong Kini Lebarkan Operasi Menerusi Aplikasi Pinjaman Wang – PDRM

Diterbitkan Jun 29, 2022 ยท Dikemas kini Jun 29, 2022 oleh ariff bukhari

Polis Diraja Malaysia menasihatkan orang ramai untuk tidak menggunakan aplikasi tertentu yang dimuat turun dari stor telefon bimbit seperti dari Google Play Store bagi tujuan pinjaman wang.

PDRM menyatakan, ini kerana aplikasi pinjaman dari ah long itu akan meminta peminjam untuk membenarkan ahlong mengakses maklumat peribadi seperti lokasi, gambar dan senarai nombor telefon kenalan dikongsikan ketika proses muat turun dilakukan.

Ahlong juga akan bertindak mengugut untuk menyebar gambar-gambar dan mengganggu rakan kenalan peminjam menggunakan maklumat peribadi yang diperolehi daripada telefon bimbit peminjam melalui aplikasi tersebut.

Ahlong Kini Lebarkan Operasi Menerusi Aplikasi Pinjaman Wang – PDRM

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan orang ramai untuk tidak meminjam wang dari Ahlong kerana ia akan mengakibatkan kehidupan anda dan keluarga terancam.

PDRM menegaskan bahawa Ahlong adalah penjenayah.

Mereka adalah pemberi pinjam wang tidak berlesen dan biasanya mengenakan kadar bayaran balik yang tinggi (interest) serta menggunakan ugutan terhadap peminjam yang gagal membayar wang pinjaman.

Jadi jangan sekali-kali berurusan dengan mereka.

Sumber: JSJK PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY